Tak sampai hujung bulan duit habis, cuba amalkan 5 tips ini

Tak sampai hujung bulan duit habis, cuba amalkan 5 tips ini

 

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang kita akan buat tentulah selesaikan bayaran rumah, kereta dan bagi pada orang tua. Yang tinggal hanya cukup-cukup saja hingga hujung bulan seterusnya.

Ada masa perbelanjaan akan lebih pula. Nak kata cukup-cukup saja sampai hujung bulan itu rasanya belum tentu. Mulalah fikir cara nak dapatkan duit lain untuk teruskan hari-hari mendatang.

Kadang-kadang, ada juga yang ‘terpaksa korek’ dari akaun simpanan lain sebab memang tak cukup untuk duit minyak, makan di tempat kerja dan sebagainya. Beruntung, ada yang bekerja lebih masa atau dua pekerjaan demi untuk menampung perbelanjaan ini.

Bila duit hanya cukup-cukup saja, mulalah hati tak senang. Tak tentu arah dan boleh hilang mood. Apa nak buat bila duit tak ada dan makin susut. Ini ada cara dan boleh kita ikuti dari perkongsian Md Azhari Daud.

Bila kita amalkan tip ini, Insya Allah, hati tetap tenang dan gembira walaupun duit dalam poket atau beg duit hanya tinggal beberapa kertas berwarna biru saja.

Hujung Bulan Cukup Makan, Amalkan Tip Ini

Ada 5 tip untuk kita supaya relak, happy dan tenang. Walaupun buka beg duit nampak kosong dan duit tak ada.

Tip 1
Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.
Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.

Tip 2
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.
Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je di hujung jari
Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata

Tip 3
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.

Jadi, walaupun duit tinggal sepuluh senje pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang.

Tip 4
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.
Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

Tip 5
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.
Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
Jadi, bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.

Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.

Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.

Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.

“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”

Jangan terlalu rasa beban duit tak ada. Insya Allah, adalah rezeki kita nanti. Yang penting, kenalah berusaha sebab ia tak akan datang bergolek depan mata.