Tak saman terus, tindakan polis Ini pakaikan warga emas pelitup muka dipuji
Seperti yang korang tahu, pemakaian pelitup muka atau face mask menjadi satu kewajipan kepada semua ketika berada di kawasan tempat awam dan sesak untuk elakkan jangkitan virus Covid-19 semakin menular di negara kita.
Kalau korang gagal patuh SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan ini, korang boleh kena kompaun tau dengan pihak berkuasa.
Tapi, lain pula kisah tentang warga emas ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook baru-baru ini.
Tak saman terus, siap tolong pakaikan
Menerusi satu perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Sas Barakah, dia menceritakan kejadian tentang seorang warga emas yang dipercayai mempunyai masalah ‘pelupa’ telah keluar pergi ke pasar tanpa memakai pelitup muka.
Kejadian yang berlaku di Pasar Awam Parit, Perak itu mendapat perhatian oleh seorang anggota polis yang kebetulan sedang bertugas membuat rondaan di kawasan tersebut.
Menyedari warga emas yang dijumpai tidak memakai pelitup muka, anggota polis tersebut bertindak untuk mendekati wanita itu . Tapi, polis itu tak saman terus warga emas itu, sebaliknya dia segera membantu warga emas itu memakaikan pelitup muka.
“Makcik ini ke Pasar Parit tanpa mask tidak terus disaman kerana warga emas ini selalu terlupa dalam erti kata masalah orang-orang tua.”
Bukan tu sahaja, anggota polis itu juga siap beri nasihat kepada wanita itu untuk sentiasa jaga diri berikutan keadaan sekarang yang semakin membahayakan nyawa.
“Syukur, makcik ini menerima teguran dan mengangguk faham, tanda terima kasih.”
Netizen puji tindakan polis itu
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan anggota polis itu yang masih menggunakan budi bicara untuk tidak terus saman warga emas itu. Siap tolong pakaikan face mask lagi tau.
Memang kagum betul la dengan polis tu. Tak terus saman, siap tolong lagi warga emas tu. Mantap la abang polis!
Sumber: Sas Barakah & lobakmerah