“Tak relevan dah” – Diminta bangkit semula, ini respon Hafiz Suip

“Tak relevan dah” – Diminta bangkit semula, ini respon Hafiz Suip

 

Penyanyi terkenal, Hafiz Suip anggap diri sudah tidak relevan selepas dirinya diminta untuk kembali bangkit oleh para peminat yang sememangnya menanti karya terbaru daripada selebriti itu.

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi terbabit kerap menjadi perbualan di media sosial lebih-lebih lagi melibatkan rumah tangga serta ‘kehilangannya’ di platfrom Instagram.

Dalam hantaran terbaru Hafiz yang berkongsi gambar bersama anak-anak, ramai yang meninggalkan komen meminta agar di bangkit kembali seperti zaman kegemilangannya bersama lagu-lagu OST sehingga melonjakkan namanya di pentas berprestij.

Namun begitu, salah satu komen telah dibalas oleh pemilik nama sebenar, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, apabila menyatakan dirinya sudah tidak relevan lagi.

Ternyata apa yang dirasakan Hafiz dinafikan oleh para peminat kerana merasakan penyanyi itu masih lagi relevan serta mempunyai penggemar sehingga ke hari ini.

Mereka juga berharap suatu hari nanti anak kelahiran Sarawak itu kembali merancakkan dunia muzik Tanah Air.

Terdahulu, penyanyi lagi Awan Nano itu telah tampil menjawab spekulasi dan tuduhan melibatkan rumah tangganya yang dibuat netizen di media sosial.

Dia meminta agar orang luar tidak bercakap mengenai kehidupannya seperti mengenal rapat dirinya.

Tambah Hafiz, dia bebas untuk bercakap perkara yang ingin dibualkan menerusi siaran langsung di platform TikTok milik sendiri dan menyarankan mereka yang tidak suka untuk tidak mengikuti akaunnya.