“Tak pernah buka tabung pun pergi G4za, langsung tak tahu syarikat HALA” – Ebit Lew

“Tak pernah buka tabung pun pergi G4za, langsung tak tahu syarikat HALA” – Ebit Lew

Tepat jam 12. 50 tengahari, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membuat sidang media dan bersiaran secara langsung di platform media sosialnya.

Sidang media tersebut merupakan penjelasan mengenai beberapa tohmahan yang diterima olehnya sejak bermulanya misi kemanusiaanya ke Gaza.

Di awal live IG tersebut, dia memaklumkan tetap menghormati individu-individu seperti Caprice dan Nadir Al-Nuri walaupun ada beberapa penjelasan mereka agak bersimpang dengan realitinya serta mengguris perasaan Ebit Lew.

Jadi, sidang media tersebut adalah jawapan daripada soalan-soalan  yang berkecamuk terutamanya mengenai penulisan Nadir Al Nuri semalam.

Guna duit sendiri

Pertama sekali, Ustaz Ebit Lew (UEL) memaklumkan yang beliau telah pergi ke sana menggunakan duit sendiri. Beliau juga tidak pernah membuka sebarang tabung untuk pergi ke Gaza.

Jadi, UEL meminta soalan tersebut ditanyakan semula kepada Nadir Al Nuri memandangkan individu tersebut membuka tabung dan mengutip sumbangan untuk pembangunan Gaza.

Bukan proposal, tapi hantar qoutation

Selain itu, isu berkenaan pihak UEL dikenali sebagai Ustaz Zul tidak membalas WhatsApp kepada Nadir turut dijawab beliau apabila memaklumkan berkenaan proposal yang dihantar Nadir adalah mengenai qoutation barang yang berharga 40 dolar.

Jumlah tersebut dianggap mahal kerana mereka mendapat lagi yang lebih murah iaitu kira-kira 20 dolar. Jadi, isu tak membalas WhatsApp bukan isu besar.

Tiada isu jalan2, pergi dekat2 hotel sahaja

Disamping itu, isu soalan ‘jalan-jalan di Cairo’ itu turut dijawab UEL. Menurutnya, pada awal beliau hanya mahu hantar bantuan kepada Bulan sabit Merah Mesir dan balik.

Memandangkan beliau mengikut tourism, beliau hanya ke sekitar hotel sahaja.

Tiada barang yang terbazir

Isu berkenaan membeli barang di Cairo pula adalah barang-barang perubatan memandangkan barang tersebut tiada di Gaza. Barang-barang keperluan lain juga ada dibeli di Gaza. Jadi, Nadir tidak patut mempersoalan hal tersebut.

21 jam dalam kereta, tak perasan

Ebit Lew juga mengatakan sememangnya tidak pernah membuat live sepanjang membuat misi kemanusiaan. Jadi teguran yang dibuat kepada Nadir adalah perkara biasa dilakukan sebelum ini.

Beliau mengatakan yang memasuki Gaza memerlukan 21 jam untuk perjalanan sahaja. Dengan 21 checkpoint, 21 jam dan diiringi 12 kereta kebal sudah tentu keletihan, tak sempat makan dan juga tidak sempat ke tandas.

Jadi, beliau tidak perasan kehadiran Nadir kerana mahu cepat-cepat melakukan solat jamak. Seusai majlis beliau terus ke hotel dan hanya berada di Gaza 3 hari kerana ayah sedang tenat.

Hormat cara bantuan orang lain

Ebit Lew turut meminta orang lain menghormati cara masing-masing dalam memberi bantuan kerana beliau ada cara tersendiri membantu. hal ini susulan tuduhan membina rumah anak yatim yang bukan ‘budaya’ masyarakat Arab.

Tak tahu pun syarikat HALA

Paling kemuncak, beliau menjawab soalan berkenaan syarikat HALA  yang dikatakan membawa teamnya ke Gaza. UEL menegaskan beliau tidak tahu sama sekali berkenaan syarikat tersebut kerana mereka memasuki negara tersebut melalui Kedutan Malaysia dan Wisma Putra.

Beliau jelaskan pernah menghubungi syarikat Mile of Smile dan mendapati cara masuk ke sana bernilai 10 ribu dolar, iaitu kira-kira RM50 ribu.

Sedangkan beliau memasuki Gaza dengan bantuan syarikat Lucky tour bernilai 2,500 ribu dolar iaitu kira-kira RM10,000 sahaja sekepala.

Namun, yang membuatkan mereka lama di sana adalah mendapat kelulusan dua pihak iaitu Kerajaan mesir dan juga kelulusan Mesir.

Serahkan semua hal kepada pihak polis

UEL juga menjawab lagi beberapa tuduhan yang diterima dan menjelaskan apa sebebarnya berlaku disebalik kontroversi tersebut. Jadi, beliau berharap segala tuduhan tersebut dijawab dan membersihkan namanya.

Sumber: ohmymedia & Instagram Ebit Lew

COMMENTS