Tak perlu beratur naik pentas, Siti Nurhaliza dipuji santuni anak-anak yatim seorang demi seorang

Tak perlu beratur naik pentas, Siti Nurhaliza dipuji santuni anak-anak yatim seorang demi seorang

 

Padanlah disegani peminat! Tindakan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza santuni anak-anak yatim dalam sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara mencuri perhatian ramai.

Padanlah disegani peminat! Tindakan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza santuni anak-anak yatim dalam sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara mencuri perhatian ramai.

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian sebuah video memaparkan cara Siti Nurhaliza santuni tetamu yang hadir dalam majlis berbuka puasa, baik anak-anak yatim mahu pun tetamu lain.

Menerusi video tular, penyanyi berusia 45 tahun itu dilihat berjalan mendekati setiap anak yatim yang hadir sebelum menghulurkan duit raya sambil mengusap kepala mereka.

Anak-anak yatim juga kelihatan sangat gembira apabila menerima pemberian daripada pelatun lagu Biarlah Rahsia.

“Dia (Siti Nurhaliza) sendiri yang turun bagi duit raya kat adik-adik ni sambil usap kepala tanpa perlu naik ke pentas dan beratur seorang seorang mengikut giliran seperti yang biasanya dilakukan oleh VIP,” ujar netizen.

Apa yang membuatkan ramai tertarik apabila beliau sendiri turun dari pentas bagi menyantuni mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dalam kalangan warganet memuji sikap Siti Nurhaliza kerana mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan mengusap kepala anak-anak yatim.

Ini kerana perbuatan tersebut amatlah digalakkan sebagai tanda kasih sayang kepada anak-anak yatim.

Malah, dalam satu hadis sahih Bukhari, Abu Hurairah r.a meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W — “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.

Selain meraikan penghuni Rumah Anak Yatim Permata Hatiku dan Rumah Pendidikan dan Kebajikan Al-Firdaus, majlis tersebut juga meraikan negarawti, GERAKWANIS dan golongan penggiat seni serta pengamal media veteran.