“Tak payah nak blockout sangat” – Ning Baizura dituduh tak cakna tentang ‘All eyes on Rafah’, peminat tampil ‘back up’

“Tak payah nak blockout sangat” – Ning Baizura dituduh tak cakna tentang ‘All eyes on Rafah’, peminat tampil ‘back up’

 

Sejak semalam, nama penyanyi Ning Baizura hangat diperkatakan apabila selebriti tersebut dikatakan tidak sensitif dengan isu peperangan yang sedang berlaku di Rafah.

Isu ini timbul selepas satu keratan video dalam sesi live memaparkan penyanyi itu bertanya, “All eyes on Rafah.. Siapa itu?”

Terbaru, kelab peminat Ning Baizura tampil mempertahankan penyanyi tersebut berkata video pendek yang ditularkan telah menimbulkan salah faham ramai.

ning baizura

Katanya, Ning hanya membaca komen yang ditulis netizen dan ayat ‘siapa tu’ merujuk kepada empunya komen.

Kelab peminat Ning tidak berpuas hati kerana video pendek tersebut telah menimbulkan spekulasi tidak benar.

Sedangkan penyanyi itu sudah membuat kutipan untuk disumbangkan kepada Gaza sejak Ramadan lalu.

Tak payah nak blockout orang sangat tanpa usul periksa. I am with you Kak Ning.

Dalam hantaran lain, kelab peminat Ning menyertakan bukti video mengenai kutipan dana dan meminta orang ramai memeriksa fakta sebelum menuduh.

ning

blockout

ning baizura

Tulis peminat Ning Baizura lagi, dalam menyokong perjuangan di Rafah, tidak perlulah memaki hamun dan mengajak orang lain memboikot rakyat Malaysia sendiri.