“Tak panas ke!” – Siap parking motor tepi, pasangan kantoi buat ‘projek’ atas jalan tar

“Tak panas ke!” – Siap parking motor tepi, pasangan kantoi buat ‘projek’ atas jalan tar

 

Umum mengetahui melakukan aksi lucah di tempat awam merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Malah tontonan sebegitu di tempat awam juga boleh mendatangkan keburukan kepada masyarakat khususnya jika dilihat oleh kanak-kanak bawah umur.

Baru-baru ini, tular satu video di laman x memaparkan tindakan dua individu lelaki dan perempuan yang dipercayai melakukan hubungan intim secara terbuka di atas sebuah jalan raya.

Menerusi rakaman yang tular, kelihatan lelaki dan wanita bertudung berkenaan memarkir motosikal masing-masing di tepi jalan.

Kemudian mereka berbaring di atas jalan raya dan melakukan pergerakan lucah tanpa menyedari perbuatan itu dirakam dari sebalik bukit.

Mereka turut dilihat bercumbu-cumbuan beberapa kali sewaktu berbaring di atas jalan raya berkenaan.

Menerusi rakaman tersebut mereka yang seakan tersedar aksi seperti sedang dirakam, bingkas bangun seperti ingin meninggalkan kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, lokasi berlakunya kejadian memaparkan dua individu itu tidak diketahui. Malah tiada dapat dipastikan sama ada ia berlaku di Malaysia atau luar negara.

Melihat di ruangan balas, tindakan dua individu itu telah mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada orang ramai.

Ini kerana ada yang menyangkakan pada awalnya wanita tersebut cuba memberikan pertolongan kecemasan (CPR) kepada lelaki tersebut sebelum menyedari pergerakan ‘aneh’ yang dilakukan oleh mereka.

Tidak kurang juga yang bimbang sekiranya berlaku kemalangan jika ada kenderaan yang meluncur laju di kawasan tersebut.

Selain itu, ramai yang mengecam tindakan tidak bermoral mereka yang dilakukan di tepi jalan. Malah ada juga menyoal tindakan si perakam kerana tidak melarang daripada aksi itu terus dilakukan.

Namun sejauh mana kebenaran yang pasangan itu melakukan hubungan seks tidaklah diketahui kerana rakaman yang agak samar dan diambil dari jauh.