“Apa yang takut sangat” – Influencer pertikai lelaki bergaji RM4k ke atas tak pakai kereta Honda

“Apa yang takut sangat” – Influencer pertikai lelaki bergaji RM4k ke atas tak pakai kereta Honda

 

“Apa yang takut sangat” – Influencer pertikai lelaki bergaji RM4k ke atas tak pakai kereta Honda

Seorang TikToker pertikai suami yang gaji RM4,000 ke atas tidak memakai kereta Honda kerana menganggap mereka zalim terhadap anak-anak dan isteri.

Hal ini susulan tindakan mereka yang tidak berusaha memberikan keselesaan kepada ahli keluarga sedangkan pendapatan tinggi yang diperoleh adalah rezeki daripada Allah S.W.T untuk digunakan dan bukannya untuk disimpan sahaja.

Perkara itu dinyatakan TikToker berkenaan apabila memberitahu bahawa gaji yang diterima itu bukan untuknya sahaja dan perlu disalurkan kepada ahli keluarga terutama untuk isteri dan anak-anak.

“Bayangkan, Allah bagi gaji RM10,000 sebulan, bukan untuk kau sorang, kau ada anak dan isteri, kau kena salurkan gaji RM10,000 itu dekat anak dan isteri kau,

“Tapi apa kau buat? Kau simpan saja dekat dalam bank, anak-anak tak dibawa berjalan, lama tak tengok dunia luar” katanya.

Dia menjelaskan isteri dan anak-anak sudah tentu akan merasa merana jika berada di dalam kereta yang sudah uzur andai kata suami tidak menyediakan kenderaan yang lebih baik atau baharu untuk keselesaan.

Ujarnya, ada sebab mengapa Allah S.W.T memberikan rezeki yang lebih kepada seseorang lelaki kerana boleh jadi dia mempunyai anak-anak yang ramai ataupun isteri yang tidak bekerja.

“Bukan nak suruh kau beli kereta RM2,000 sebulan, kalau gaji RM5,000 beli kereta RM1,000 sebulan pun dah cukup dah, ada lagi lebihan RM4,000 tak akan tak boleh hidup lagi.

“Pada aku ada asbabnya kalau gaji kau Allah bagi besar, sebab kau ada anak dua orang, sebab isteri kau tak kerja, mungkin sebab perkara itu.

“Tapi apa yang jadi bila Allah bagi rezeki macam itu dekat kau, rezeki itu tidak sampai pun dekat anak dan isteri,” katanya lagi.

@muizhypex

Kalau dah mampu tu beli jelah. Apa yang takut sangat dengan komitmen hidup, dah kau nak hidup. Memang lah ada komitmen. Yang takut sangat dah kenapa, kita ni patut takut dengan Allah je. 💀 Jual beli kereta Honda, DM aku

♬ Very Sad – Enchan

Jadi, TikToker yang juga merupakan penasihat jualan Honda itu memaklumkan bahawa kereta jenama tersebut mempunyai harga jualan semula yang agak tinggi sekiranya mahu dijual selepas digunakan.

Pendapat yang dilontarkan oleh TikToker terbabit dilihat kurang disetujui oleh sesetengah pihak memandangkan gaji sekitar RM4,000 hingga RM5,000 bukanlah sesuatu yang besar jika seseorang itu sudah berkeluarga dan tinggal di kawasan bandar.

Malah, kenderaan jenama tempatan seperti Proton dan Perodua sudah memadai buat keselesaan ahli keluarga yang lain.

Apa-apa pun, seeloknya setiap individu mengukur baju di badan sendiri bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari memandangkan harga kenderaan buatan Malaysia serta import agak berbeza walaupun kualiti mereka hampir serupa.