“Tak mengapa tak nak percaya” – Hanya dedah kebenaran, ini sebab kenapa Fauziah Nawi dakwa gaji DJ radio mampu cecah RM150K

“Tak mengapa tak nak percaya” – Hanya dedah kebenaran, ini sebab kenapa Fauziah Nawi dakwa gaji DJ radio mampu cecah RM150K

 

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan ada penyampai radio menerima gaji mencecah RM150,000 sebulan.

Perkongsian itu dikaitkan dengan isu melibatkan penyampai radio, Tyzo yang sebelum ini ditamatkan kontrak. Namun, beberapa penyampai radio lain menafikan perkara itu.

Menerusi sedutan video yang dimuat naik di TikTok, Fauziah Nawi menafikan dia mempunyai niat untuk membongkar tangga gaji yang ditawarkan kepada kebanyakan penyampai radio tanah air.

Fauziah berkata, terpulang kepada orang ramai untuk mempercayainya atau tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan pengalaman sendiri.

“Saya bercakap seperti itu kerana ramai kawan-kawan saya yang bekerja sebagai penyampai radio mempunyai gaji yang banyak.

“RM20,000 ada, RM40,000 ada dan betul ada yang terima gaji sebanyak RM150,000 tetapi saya tak bolehlah maklumkan siapa yang dapat gaji setinggi itu,” ujarnya.

Katanya lagi, tidak semua penyampai radio menerima gaji setinggi itu menyebabkan segelintir pihak tidak mempercayainya.

@buletin.tiktok

credit : youtube tv3malaysia #fyp #berandatiktok #bikinpanas

♬ original sound – buletin.tiktok 📺🇵🇸 – buletin.tiktok 📺🇵🇸

“Pada saya tak mengapalah mereka tak nak percaya sebab saya tak ada niat apa-apa pun. Cuma memang ada penyampai radio yang dapat gaji setinggi itu,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut berkongsi pengalaman menjadi penyampai radio suatu ketika dahulu.

Jelasnya, kebanyakan penyampai radio yang menerima gaji yang tinggi datangnya daripada stesen radio swasta dan bukannya di bawah kerajaan.

“Saya dulu pernah menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio swasta yang hanya memperuntukkan saya untuk bersiaran selama satu jam sahaja pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

“Dan ketika itu gaji saya dalam RM4,000 atau RM5,000 sebulan. Jadi, hairankah kalau stesen radio swasta menawarkan gaji yang tinggi ini?” katanya.

Terdahulu, bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli tidak menafikan kenyataan Fauziah mengenai segelintir penyampai radio menerima gaji tinggi, bergantung kepada profil mereka.