Tak mampu tanggung kerugian setiap bulan, restoran milik Ustazah Asma’ Harun terpaksa ditutup

Tak mampu tanggung kerugian setiap bulan, restoran milik Ustazah Asma’ Harun terpaksa ditutup

 

Selain berdakwah, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun turut menjalankan perniagaan lain antaranya perniagaan sebuah restoran yang dinamakan Restoran Momen yang terletak di Seremban.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran, Ustazah Asma’ dikatakan bakal menutup restoran itu dan membuka kepada sesiapa yang berminat untuk membeli restoran berkenaan.

Difahamkan, beliau bertindak demikian kerana restoran berkenaan dikatakan telah mengalami kerugian.

@ar_rayyanchannel

Sesiapa yang berminat untuk membeli Restoran Momen, sila hubungi Ustazah Asma Harun dengan segera..Tolong share kepada sahabat-sahabat yang lain #ustazahasmaharun

♬ شبل الإسلام – شبل الإسلام

“Kami tidak mampu lagi nak menampung kerugian setiap bulan. Setiap bulan, kita negatif dalam lebih kurang RM30,000.

“Setahun kita bertahan negatif RM30,000 dan bila dihimpun lebih kurang RM300,000 lebih. Tinggal balance dalam akaun lebih kurang dalam RM2,000,” katanya.

Katanya, jumlah baki yang tinggal dalam akaun tersebut juga tidak mampu untuk menanggung bayaran gaji pekerja sehinggakan mereka terpaksa meminjam dan keluarkan simpanan yang ada.

“Kami dah tak ada apa-apa untuk tampung lagi, jadi bulan ni bulan yang terakhir. Kalau ada hamba Allah yang berminat untuk beli perniagaan, tempat ini sangat strategik,” katanya.