Tak mampu beli kereta, bakal bapa ‘offer swap’ motor sendiri demi anak sulung

Tak mampu beli kereta, bakal bapa ‘offer swap’ motor sendiri demi anak sulung

 

Tular di Facebook seorang lelaki yang bakal menimang cahaya mata sulung November nanti mengiklankan motosikal untuk ditukar dengan sebuah kereta.

Lelaki berkenaan membuat hantaran di group Swap Kereta Suka Sama Suka menunjukkan jenis motosikal yang dimilikinya.

Dia juga mengepilkan gambar buku pink tertera namanya sebagai bapa dan anggaran tarikh kelahiran bayinya nanti.

Katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli kereta baru dan tidak kisah kereta apa asalkan isterinya setuju.

Swap kereta apa dapat. Duit tak ada nak beli kereta. Bulan 11 anak sulung keluar. Tak kisah kereta apa sekali pun. Ikut suka wife dia nak kereta macam mana nanti dia yang pilih. Saya ikut dia je nak macam mana. Dia on saya on.

Perkongsian yang dibuat lelaki ini mendapat perhatian sehingga ramai yang membuat tawaran yang menarik.

inspira

Ada seorang pengguna Facebook menawarkan Proton Inspira tahun 2011 dengan harga pasaran lebih RM20,000.