“Tak main panas, duduk dalam aircond 24 jam” – Abby Abadi dedah rahsia anak-anak berkulit putih

“Tak main panas, duduk dalam aircond 24 jam” – Abby Abadi dedah rahsia anak-anak berkulit putih

 

Pelakon Abby Abadi dedah anak-anaknya berkulit putih disebabkan tidak bermain panas dan hanya duduk dalam penghawa dingin pada setiap masa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abby di laman Instagramnya, dia memberitahu perkara tersebut selepas ditanya oleh individu lain ketika meluangkan masa bersama anak perempuannya, Marissa Dania.

Masa ni mamanya tengah bersembang .. dia nak tutup mulut supaya diam padahal orang depan mama tanya kenapa anak-anak kita semua putih je.. kita jawablah anak-anak Saya tak main panas, duduk aircond 24/7.

“Nampak mcm T20 je duduk aircond 24 jam kan? Hahaha tulah dia.. Pengorbanan Mama Abah yg anak-anak kena tahu. Masa anak-anak kecik-kecik dulu, Mama sorang, 9tahun kebelakangan ni dengan abah sekali. Bayar semua sama-sama.

“Mama abah kerja keras tau nak anak-anak selesa, hidup macam org kaya walaupun hihi..Dah duduk sendiri, dah ada anak-anak, dah kena bayar itu ini, baru faham nanti,” ujarnya.

Abby Abadi

Dalam pada itu, aktres yang berusia 47 tahun itu menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa masing-masing dan menjaga ikatan kekeluargaan yang terjalin.

Sementara itu, bekas isteri kepada aktor Norman Hakim itu turut memberi peringatan kepada diri sendiri dan netizen supaya tidak mencari kesalahan orang lain.

Jadi semua yang membaca ini termasuk anak-anak saya, jangan berhenti doakan untuk mak ayah kita ok. Semua orang boleh datang dan pergi.. tapi mak ayah, adik beradik.. terikat dengan ikatan darah. Semoga bersama hingga ke syurga Allah.

“Kurangkan mencari salah orang. Sama-sama belajar untuk ambil pengajaran pada ujian yang Allah hadiahkan pada orang lain agar kita boleh memilih untuk tidak melalui ujian yang sama,” katanya.