Tak lekang dengan ‘senyuman’, netizen terhibur lihat aksi pemuda tebar roti canai

Tak lekang dengan ‘senyuman’, netizen terhibur lihat aksi pemuda tebar roti canai

Menebar roti canai tak semudah seperti yang disangkakan. Kadangkala, ada yang sudah mencuba sedaya upaya untuk tebar roti canai tetapi masih tidak berhasil.

Bagaimanapun, kalau sudah berbakat menebar roti canai mesti akan menjadi perhatian orang ramai terutamanya jika memiliki keistimewaan luar biasa.

Baru-baru ini, satu video memaparkan seorang pemuda sedang menebar roti canai menjadi tular di Twitter. Menerusi video berkenaan, cara tebaran roti canai sama sahaja seperti penebar lain.

Senyum sentiasa, pelanggan pun ceria

Namun, apa yang membezakannya adalah sepanjang dia menebar pemuda terbabit sentiasa menguntum senyuman. Baguslah! Makin murah rezeki nanti bila buat pelanggan ceria.

Dari menebar sehinggalah menghidang roti canai, pemuda tersebut tidak lekang dengan senyuman. Jika dilihat, ala-ala chef terkenal dari Turki, Burak pun ada!

Turut tersenyum sama lihat video

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen suka melihat gelagat pemuda itu yang disifatkan murah dengan senyuman sewaktu bekerja.

Penat tengok dia senyum

Lawak & comel, teruskan senyum

Sama gaya chef Turki

Manis betul senyuman dia

Terhibur tengok video ni

Sumber: OMM, Twitter @jalalmisai_2