Tak kisah bab duit & enggan ditemu bual media, teman lelaki Tangmo Nida cuma minta bantal jadi kenangan

Sehari sebelum kejadian, Tangmo sempat memberitahu teman lelakinya mengenai perancangan keluar bersiar-siar dengan kawan.
Oleh kerana Mo pernah mempunyai sejarah hubungan toxic sebelum ini (sering dikongkong), Bird begitu terbuka dan tidak kisah jika wanita berkenaan mahu keluar bersosial.
Baginya dalam percintaan, tidak semestinya couple perlu berkepit 24 jam tanpa sebarang kebebasan.
@boongalarangan Sedihnya tgk boyfriend Tangmo. Semoga ada keadilan utk kemarian dia #thaiactor #tangmonida #fyp
Sejak hari pertama Mo ditemukan, Bird banyak throwback video & gambar lama
Namun siapa sangka, hari itu merupakan detik terakhir mereka bertemu sebelum Mo dilaporkan menghilang.
Bukan sahaja meratapi jasad teman wanitanya setelah ditemukan, malahan sejak 26 Februari Bird terlihat kerap memuat naik gambar serta video lama mereka.
Itu sudah cukup untuk menggambarkan tahap kerinduannya ketika ini. Walhal sebelum ini, dia jarang berkongsikan detik manis mereka bersama.
Orang pernah suruh Tangmo cari lelaki kaya, tapi dia ikut kata hati
Melalui sebuah perkongsian Bahasa Thailand yang telah diterjemahkan semula oleh Saudari Yana, Mo digambarkan sebagai seorang insan baik.
Selain memberikan kasih sayang tidak terkira kepada anak angkatnya serta bermurah hati menyalurkan derma kepada orang susah, dia juga ikhlas menerima Bird seadanya meskipun mengetahui lelaki itu bukanlah golongan berada.
Bird datang temui ibu, minta izin letakkan belon di pusara Mo
Melalui sebuah wawancara dengan Panida, dia mendedahkan Bird tidak mengharapkan apa-apa selepas pemergian Mo disahkan.
Apa yang dipinta cumalah benda yang simple seperti patung, kucing dan bantal tidur mendiang untuk dijadikan barang kenangan memandangkan mereka sebelum ini tinggal serumah.
@hannanajj burung minta bantal, guling tangmo mungkin kangen sama bau #tangmo #tangmonida #bird #แตงโม #boyfriend #fyp #fypシ #ShowYourFreestyle