Tak kira bangsa, terharu & sebak tengok satu Malaysia ‘turun padang’

Tak kira bangsa, terharu & sebak tengok satu Malaysia ‘turun padang’

 

Apa yang terjadi dalam kejadian banjir yang berlaku di Selangor, Pahang, Perak, Kelantan dan beberapa lagi negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

Begitu ramai yang terkesan dengan banjir kali ini, di mana hujan yang turun difahamkan melebihi jumlah hujan dalam setahun.

Ramai yang terperangkap di rumah dan jalan raya kerana air terlalu deras dan tidak sempat bergerak ke tempat selamat.

Mereka ini juga ada yang bergelap beberapa malam tanpa elektrik, tanpa makanan dan air bersih, dan duduk dalam kesejukan kerana bantuan sukar sampai ke kawasan-kawasan dalam dinaiki air seperti di Taman Sri Muda.

Selain pihak berkuasa, ramai juga NGO dan individu persendirian yang turut datang memberi bantuan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Difahamkan Rakyat Malaysia dari merata negeri tanpa mengira bangsa, status dan agama, sama-sama turun padang untuk memberi bantuan yang termampu.

Untuk menghargai pengorbanan dan meraikan usaha mereka, kami kongsikan tangkap layar melalui beberapa media sosial.

Inilah ‘unsung heroes’ atau wira yang tak didendang yang menjadikan semangat rakyat Malaysia tetap utuh dan berkobar walau dalam kesusahan.

Respek & salute untuk mereka!

           

Terima kasih rakyat Malaysia… Ini hanya sebahagian sahaja, tak mampu kami kongsikan semuanya kerana sebenarnya begitu banyak yang menyumbang, termasuklah yang menghulurkan bantuan dalam diam.

Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian semua… Mari kita doakan agar mangsa-mangsa banjir tetap tabah dan selamat semuanya.