Tidak hanya ditonton oleh peminat dalam kalangan kaum Melayu, namun drama arahan Idora Abdul Rahman itu turut diminati oleh kaum India.
Hal ini terbukti menerusi satu video yang tular di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga kaum India sedang menonton drama berkenaan di kaca televisyen.
Menerusi perkongsian di akaun milik @AnakPerempuanMuniandy, keluarga tersebut yang dipercayai terdiri daripada bapa, ibu dan anak sedang khusyuk melayan drama yang diadaptasi dari novel itu.
Tidak kira apa bangsa ya, melayan juga drama Aku Bukan Ustazah ini. Gigih nak subsribe Tonton supaya boleh tengok awal.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen meluahkan rasa terkejut apabila drama Aku Bukan Ustazah turut diminati kaum India.
Malah, netizen berkata wajar drama itu mendapat perhatian pelbagai kaum dan peringkat umur kerana jalan ceritanya yang menarik dan tidak bosan.
Aku Bukan Ustazah dibintangi Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi.