‘Tak buat apa-apa’, Adham Baba trending di Twitter

Harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) di pasaran tempatan ditetapkan RM19.90 seunit berkuat kuasa Ahad ini.
Perkara itu diputuskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan akhbar bersama hari ini.
Kedua-dua kementerian turut menetapkan harga borong maksimum bagi kit ujian sama pula ditetapkan pada harga RM16 satu set.
“Penentuan harga maksimum kit ujian ini dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Penetapan harga maksimum ini dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini,” katanya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan sedar bahawa situasi Covid-19 di negara ini belum pulih dan permintaan terhadap kit ujian dijangka meningkat pada masa depan susulan kesedaran orang ramai mahu membuat ujian sendiri.
Justeru, katanya, penentuan harga maksimum borong dan runcit kit ujian pantas itu dibuat bagi memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.
Jelasnya lagi, penentuan harga maksimun juga dibuat selepas melakukan pemantauan harga di semua premis dan farmasi di seluruh negara, maklum balas daripada agensi kerajaan dan hasil perbincangan dengan rantaian bekalan serta syarikat farmasi.
Pada masa sama, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan penetapan harga berkenaan.
Menurutnya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan denda.
“Bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
“Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya.
Adham Baba selama ni buat apa? 😂😂 https://t.co/vRg6g9v5gH
— HermyR (@HermyRahim) September 2, 2021
Adham Baba buat apa sampai nama jadi trending? 😂
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) September 2, 2021
Boleh ja turunkan harga covid rapid test kit. Belum sampai seminggu pun jadi Menteri Kesihatan.
Ia menunjukkan betapa tak bergunanya Adham Baba.
— Hafizan Mazuki (@matpijan) September 2, 2021
Damn. Beberapa minggu lepas harganya RM39.90/ satu test kit. Kita minta dikurangkan, sedikit pun Adham Baba tak peduli. Sebab harganya terlalu tinggi dan tak masuk akal sedangkan is sangat penting untuk rakyat.
Kini kita tahu, harga test kit tersebut tidaklah mahal mana pun. https://t.co/nCITncl3MA
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) September 2, 2021
Banyak benda KJ buat 2-3 hari ni bukan menunjukkan KJ tu bagus sangat. Bagi aku ia menunjukkan Adham Baba amatlah tak bagus. 🤣
— Nunu Fully Vaccinated (@KyaryHime) September 2, 2021
Sumber: Utusan