Tak beri exco agama satu pengkhianatan, kata Pas Perak

Tak beri exco agama satu pengkhianatan, kata Pas Perak

Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak, Fairuz Hafiizh Othman menegaskan, adalah kerja bodoh atau jahat menukar portfolio yang telah berjalan dengan baik selama hampir setahun untuk baki yang kurang setahun.

Beliau mempersoalkan apa yang boleh di buat dalam tempoh kurang dari tujuh bulan.

Jika berlaku pertukaran, beliau berkata Exco terpaksa mengenalpasti bidang tugas baru dan mengambil masa menyesuaikan diri.

Ini tegasnya adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Perak.

“Bagi portfolio agama yang di sandang PAS tentunya mustahil berubah kerana dilihat hanya seorang wakil PAS yang memiliki latarbelakang agama.

Menyerahkan portfolio agama kepada bukan ahlinya adalah satu pengkhianatan dan kerja jahat. Ia adalah kebinasan apabila tidak di serahkan kepada ahlinya. Ini yang di sebut rasullullah SAW.

“Saya tak fikir ada exco lain yang sanggup memikul amanah tersebut sedangkan ada ahlinya di kalangan mereka,” katanya lagi.

Katanya, beberapa indikator lain juga meyakinkan beliau jika kerajaan yang ada ini khasnya Menteri Besar ikhlas memberi khidmat dan bukannya ada agenda lain untuk kepentingan diri dan kelompok ialah dengan tiada perubahan portfolio sebagaimana tiada perubahan exco.

“Walaubagaimanapun, jika ianya berlaku, pastinya kesepakatan ini sekali lagi di landa kecurigaan khasnya di kalangan sesama mereka.

“Rakyat juga pastinya hilang kepercayaan terhadap janji yang di buat umno iaitu Hanya langkah menukar Menteri Besar,” tegasnya.

Untuk rekod, sebelum ini, Exco agama dipegang oleh menantu Hadi, Akmal Kamaruddin.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5513875978626415&id=100000122032873