Tahniah!!! Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran
Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor selamat menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin sebentar tadi.
Noor Nabila yang juga kakak kepada usahawan Neelofa melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di sini tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat.
Dalam majlis itu, Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin,
Neelofa dalam hantaran di Insta Story memuat naik video pendek Engku Emran melafazkan akad nikah.
Engku Emran sebelum ini pernah dua kali bernikah, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan.
Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, ialah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.
Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.
Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.
Perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden. – AA