Tak mahu bisnes artis lain terjejas, Ruhainies tarik diri sertai festival jualan raya

Tak mahu bisnes artis lain terjejas, Ruhainies tarik diri sertai festival jualan raya

 

Pelakon sensasi, Ruhainies tarik diri dari festival jualan raya selepas tular isunya ditangkap khalwat baru-baru ini.

Menurut penganjur festival berkenaan, Ifa Raziah, pelakon itu telah menghubunginya dan memaklumkan penarikan diri tersebut kerana enggan bisnes artis lain terganggu hingga boleh menjejaskan kehadiran pengunjung.

Perkara itu dinyatakan Ifa menerusi Insta Story miliknya dengan mengatakan yang Ruhainies sudah lama memikirkan hal ini serta memahami situasi yang sedang dihadapi.

“Anis dah lama fikir sebab Anis tak nak kerana Anis bisnes orang lain yang terjejas. Anis totally understand”

“InsyaAllah ada rezeki Anis di tempat lain. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Salam Ramadan” tulisnya.

Dalam pada itu, Ifa juga menyatakan pihak mereka tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan hormati keputusan Ruhainies yang tidak dapat menyertai festival jualan raya yang akan berlangsung di KLCC nanti.

Jadi, dia berharap dengan info terbaru yang disampaikan, gerakan yang ingin memboikot festival jualan raya tersebut dapat dihentikan kerana tujuan utama penganjurannya adalah membantu golongan usahawan dan artis mencari pendapatan.

Di akhir hantaran yang dibuat penyanyi dan pelakon itu, mengatakan yang selain tidak mahu perniagaan usahawan lain terganggu, mereka juga tetap ingin menjaga hati banyak pihak serta mendoakan supaya permasalahan yang berlaku segera selesai.

Terdahulu, Ifa Raziah memaklumkan yang penganjuran festival jualan raya yang dikelola olehnya mahu diboikot pengunjung disebabkan kontroversi dicetuskan selebriti yang turut membuka gerai di festival berkenaan.

Ujarnya, dia tiada masalah dengan kedua-dua pihak memadangkan telah menganggap mereka seperti adiknya, jadi tindakan memboikot tersebut sangat tidak wajar kerana ada lebih ramai peniaga yang mencari rezeki di festival berkenaan.