Syamsul Yusof didakwa jalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, sekali ini respon Puteri Sarah buat netizen terkedu

Syamsul Yusof didakwa jalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, sekali ini respon Puteri Sarah buat netizen terkedu

 

Beberapa hari lalu berlegar di media sosial mendakwa Pengarah Syamsul Yusof sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita kaya.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana bagaimanapun ketika ditemui media berkata, dia tidak berhasrat untuk mencampuri urusan bekas suaminya.

Puteri Sarah berkata, dia tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi dan hanya berhubung dengan Syamsul mengenai anak-anak.

Jelas Sarah, dia sama seperti netizen, terkejut dengan khabar angin yang melanda bekas suaminya itu.

“Saya sibuk dengan kerja saya dan terus terang saya pun tak tahu. Saya pun terkejut juga mendengar. Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab bagi saya itu hal peribadi dia.

“Mengenai hal yang disebut, ia tiada kena mengena dengan saya. Apa yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja!,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sarah berkata, dia tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.

“Saya pun baru tahu hari ini sebab sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak muat naik apa-apa di media sosial sebab fokus dengan latihan

“Jadi hari ini saya tengok dekat akaun Instagram, banjir dengan komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.

“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa. Yang lain semua saya tak nak tahu,”katanya.

Sejak Khamis, sebuah media hiburan melaporkan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.

Katanya, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.

Susulan khabar tersebut rata-rata netizen menyebut nama pengarah Syamsul Yusof.