Syada nak pindah keluar banglo Shila Amzah, buka tawaran sesiapa mahu bela kucing miliknya

Syada nak pindah keluar banglo Shila Amzah, buka tawaran sesiapa mahu bela kucing miliknya

 

Selepas melalui pelbagai episod membabitkan keluarga berhubung penjualan banglo milik Shila Amzah, adik kepada penyanyi itu iaitu Syada memberitahu dia kini dalam proses untuk berpindah keluar.

Kata Syada atau Nursyuhada Amir Hamzah, 25, dia juga membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membela kucing milik keluarganya sebagai haiwan peliharaan.

“Saya membuka untuk ambil kucing angkat hujung November ini. Sekarang masih sibuk pindah rumah.

syada amzah 4

Syada membuka tawaran untuk memelihara kucingnya.

“Siapa yang serius nak jaga boleh beritahu saya,” katanya menerusi Instastory pada Selasa.

Dalam hantaran yang sama dia juga membuat penafian memiliki 50 ekor kucing di rumah berkenaan seperti yang hangat dikatakan sebelum ini.

“Penafian… saya tidak memiliki 50 ekor kucing,” ujarnya.

Isu rumah keluarga Shila mula timbul apabila dia bertindak menjual kediaman berkenaan yang dihuni oleh ibunya, Fauziah Sarman bersama tiga adik-beradik lain.

Selain Syada, seorang adik Shila iaitu Syafiq mendakwa mereka dihalau kerana tidak mengetahui perancangan penyanyi.

TOP mamazie - 1

Kemelut keluarga Shila menjadi bualan hangat netizen.

Dalam satu perkongsian di sesi siaran langsung laman sosial sebelum ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah memberitahu rumah berkenaan terlalu besar untuk diuruskan selain penuh dengan kucing.

Justeru Shila mengambil tindakan menjual kediaman berkenaan dan mahu mencari sebuah rumah baharu untuk ibu dan adik-adiknya.