SUV baru keluar kedai kemalangan di plaza tol, kena langgar dengan pemandu berusia 19 tahun
Dalam satu kejadian yang mengejutkan, rakaman kamera kereta memaparkan detik malang seorang pemilik SUV baharu yang terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Gombak, hanya beberapa saat selepas memandu keluar dari bilik pameran.
Video yang dimuat naik di sebuah kumpulan Facebook itu kini tular, memaparkan bagaimana kegembiraan pemilik tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri.
Menurut laporan China Press, SUV tersebut mengalami kerosakan yang begitu teruk sehingga berkemungkinan akan diisytiharkan sebagai ‘total loss’.
Dalam rakaman video, SUV berkenaan sedang memperlahankan kelajuan untuk melalui Tol Gombak sebelum kemalangan dilanggar secara mengejut oleh sebuah sedan hitam dari belakang.
Berdasarkan rakaman, sedan hitam tersebut kelihatan memecut dari jarak jauh sebelum merempuh SUV tersebut di kawasan tol.
Impak kuat perlanggaran tersebut menyebabkan SUV tersebut meluncur keluar dari plaza tol, dengan bahagian belakangnya hancur teruk, sementara bahagian hadapan sedan juga remuk.
Lebih mengejutkan, pemandu sedan hitam tersebut didakwa berusia hanya 19 tahun.
Walaupun tiada maklumat rasmi mengenai sebarang kecederaan, ramai yang berharap agar semua yang terlibat selamat dari kemalangan ini.