“Baik dan tak malas” – Rakan lama terkejut, dedah sikap sebenar suspek tekap seterika

“Baik dan tak malas” – Rakan lama terkejut, dedah sikap sebenar suspek tekap seterika

 

“Baik dan tak malas” – Rakan lama terkejut, dedah sikap sebenar suspek tekap seterika.

Rakan lama kepada suspek tekap seterika di badan junior telah tampil meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu kenalan sama sekolahnya melakukan tindakan tersebut sehingga mendatangkan kecederaan.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh seorang pengguna X, dia mendedahkan bahawa suspek yang merupakan juniornya di Maktab Tentera Darat (RMC) sewaktu di sekolah menengah.

uspek tekap seterika

Ujarnya dia tidak sangka perkara berkenaan berlaku memandangkan suspek yang juga merupakan pegawai kadet di Univerisiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seorang yang baik serta tidak malas.

Dia juga mendedahkan bahawa individu berkenaan antara yang dikenali dalam kalangan satu angkatannya sewaktu di RMC.

“Dia ni buddy aku zaman RMC, aku master dia. Tbh, dia paling perform dari junior lain, baik and tak malas. Bukan jenis pailang la senang cerita….Harap jadi pengajaran,” tulisnya.

Selain dari hantaran tersebut, beberapa individu yang mendakwa turut mengenali suspek juga menyatakan hal sama dengan memaklumkan bahawa dia adalah insan yang baik.

Dakwaan mencederakan rakan dengan seterika itu dilihat sangat mengejutkan kerana berbeza dengan sosok yang mereka kenali sebelum ini.

Terdahulu, Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dari UPNM, Amirul Iskandar Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang junior dengan menekap seterika wap pada dada kanan.

Difahamkan, suspek melakukan kesalahan di bilik di satu blok ALK UPNM, Kem Sungai Besi di sini, pada 11.45 malam, 22 Oktober lalu.

Tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, dengan menggunakan seterika wap panas.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan siasatan dilakukan mendapati tidak terdapat unsur dendam dan pergaduhan dalam kejadian itu.