Suruh jual semua barang dalam rumah sebelum kibar #BenderaPutih, ramai yang ‘speecless’ cadangan lelaki ini

Sekadar cadangan sebelum angkat bendera putih dihadapan rumah,
Pastikan dahulu, tv lcd dah jual, mesin basuh 50kg dah jual, peti ais lapan pintu dah jual, pakaian branded termasuk yang mahal2 dah jual, jam tangan mahal dah jual, pemanas air di jamban dah jual, sterika dah jual, pengering rambut dah jual, beg sandang kulit dah jual, kalu ada kereta jual tu kereta ambil moto balik dan lain2 yang rasa2 boleh jadi duit.
Kalau semua dah jual dan masih terputus bekalan juga sangat disyorkan untuk kibarkanlah tu bendera tanda kita dah terputus bekalan makanan. Semoga Allah permudahkan segala urusan…
Kenapa layan orang dalam kesusahan seperti ini? Adakah sebab rumahnya ada TV, peti ais dan seterika maka dia tidak layak minta bantuan?
Saya tak faham kenapa orang yang kononnya beragama ini selalu perlekeh orang susah. Jika tak mahu bantu lebih baik diam sahaja, bukan sindir. pic.twitter.com/I0rmHgayo9
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) July 2, 2021
Sumber: Abu Musliem Ikhwan