Suruh isteri contohi pelacur, komen ‘panas’ lelaki ini dikecam netizen
Tangkap layar komen seorang lelaki yang menyatakan isteri perlu mencontohi pelacur untuk memikat pasangan tular di laman Facebook dan mendapat kecaman sejak semalam.
Rata-rata pengguna laman sosial itu tidak berpuas hati dan berang dengan kenyataan tidak senonoh lelaki tersebut yang disifatkan merendahkan martabat golongan isteri.
“Jika ada seorang lelaki ataupun suami yang berfikiran begini, pada pendapat saya, ia sesuatu yang sangat kolot dan berperangai ‘busuk’,” ujar seorang pengguna Facebook bernama Adihaw Araf.
“Menyuruh isteri meniru cara pelacur adalah ayat paling tidak senonoh yang saya pernah baca. Ayat tersebut tidak patut keluar dari minda seorang manusia,” ujar seorang lagi netizen.
“Suami perlu keluarkan modal jika mahu isteri nampak cantik. Ini tidak, kerjanya mengadu saja. Serba-serbi tidak kena. Anak-anak pula isteri yang uruskan. Cakap seperti tin kosong,” komen seorang netizen bernama Cahaya Loreza Diyana.
“Kepada suami di luar sana, jangan lupa janji manis sebelum nikah. Berkorbanlah untuk isteri kita. Baik buruk isteri itu berpunca daripada suami, renung-renungkan ya,” ujar seorang pengguna bernama Prince Izal.
Sumber: Kosmo