Suria FM perkenal barisan DJ radio baharu bagi tahun 2024 selepas ketiadaan DJ Tyzo
Nampaknya, Suria FM mengambil peluang ini untuk melakukan perubahan yang drastik bagi menaikkan nama mereka. Ini dapat dilihat selepas Suria FM mengumumkan lapan penyampai radio mereka yang bakal menemani pendengar setia sepanjang tahun 2024.
Berdasarkan pengumuman yang dilakukan sebentar tadi, DJ Lin kekal menemani pendengar dan juga akan tetap memegang jawatan General Manager Suria FM untuk memimpin pasukan.
Selain itu, Cik Piah dan Kak Rara juga kekal serta Chiwan juga yang sebelum ini hanya bertugas sebagai DJ sementara dikekalkan untuk tahun ini.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila nama Dato’ Fizz Fairuz diumumkan sebagai penyampai radio baharu Suria FM untuk segmen Morning-Morning Suria yang akan bergandingan bersama Ajak, Suraya dan Khai.