“Surau mall kamu sebesar liang lahad, tak muslim friendly langsung” – Netizen persoal saiz surau di pusat beli belah terkenal di ibu kota

“Surau mall kamu sebesar liang lahad, tak muslim friendly langsung” – Netizen persoal saiz surau di pusat beli belah terkenal di ibu kota

 

November lalu, pusat beli belah The Exchange TRX Mall telah dibuka untuk pengunjung. Pusat beli belah yang menempatkan pelbagai butik jenama mewah itu kini menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai untuk berkunjung ke sana.

Baru-baru ini juga kunjungan beberapa selebriti antarabangsa ke TRX Mall menyebabkan tumpuan penuh ke pusat membeli belah itu. Sudah pastinya di setiap tempat dan bahagian pusat beli belah mengalami kesesakan dengan kunjungan ramai peminat. Tandas dan surau bagi umat Islam tidak terkecuali memenuhi ruang.

Bagaimanapun, keluhan ramai mengenai keluasan surau yang disediakan oleh pihak TRX Mall dipertikaikan. Bagi mereka surau yang disediakan terlalu kecil untuk menempatkan orang ramai.

Keluasan surau tersebut kata mereka tidak sepadan dengan bangunan yang tinggi mencecah langit.

Situasi tersebut menyebabkan ada yang berat hati untuk berkunjung ke sana jika kemudahan seperti surau hanya mampu menampung jumlah yang kecil. Tetapi, ada juga yang menasihati supaya pengunjung terlebih dahulu solat di rumah atau mana-mana surau atau masjid sebelum berkunjung ke sana.

ā€œBoleh la consider tak perlu pergi. Saya suka mall yang mesra kanak-kanak, mesra ibu. Nak menyusu mudah, nak tukar lampin bayi senang, yang lift hanya untuk golongan warga emas, stroller, ibu hamil,ā€ kata netizen.

Netizen turut membandingkan surau-surau yang terdapat di pusat beli belah lain yang lebih mesra untuk pengunjung. Jika keadan ini berterusan kata netizen agak sukar bagi mereka berkunjung lagi ke sana apatah lagi di bulan Ramadan.

Namun begitu, ada yang mengatakan surau besar di kawasan TRX Mall itu masih dalam pembinaan.