“Surat letak jawatan yang terbaik saya pernah dapat” – Rafizi Ramli kongsi tips berhenti kerja

“Surat letak jawatan yang terbaik saya pernah dapat” – Rafizi Ramli kongsi tips berhenti kerja

 

Proses meletak jawatan adalah hal yang selalu dipandang biasa bagi sesetengah orang. Ada di antara kita sering menggunakan ‘template’ yang telah disediakan oleh Google untuk menghantar surat meletak jawatan.

Namun, tahukah anda bahawa adab berhenti kerja juga penting untuk diterapkan. Umpamanya; bagaimana kita masuk, begitulah kita keluar.

Rafizi Ramli, pengasas INVOKE Malaysia dan juga bekas ahli parlimen Pandan berkongsi tips penting kepada orang ramai tentang adab berhenti dari kerja. Perkongsian ini hadir selepas salah seorang dari pekerjanya di INVOKE Malaysia menghantar surat letak jawatan yang katanya, sebagai ‘yang terbaik yang pernah saya lihat’.

Melalui ciapan yang dikongsikan oleh Rafizi, apa yang boleh dirungkaikan melalui surat letak jawatan tersebut adalah pertamanya sebagai pekerja anda perlulah menghargai setiap masa yang anda belajar dan bekerja di sana. Pengalaman itulah yang akan mencorakkan persiapan anda pada cabaran di masa akan datang.

Kedua, hargailah orang-orang yang membantu menjadikan siapa anda yang sekarang. Tanpa support system, anda tidak akan mampu memberanikan diri untuk melangkah lebih jauh.

Terakhir sekali, titipkan sebab mengapa anda berhenti. Jujurlah dengan diri sendiri. Jika misi syarikat dan misi anda tidak lagi sehaluan, berlaku jujurlah dengan menyatakan perkara tersebut.

Rafizi kemudiannya menyenaraikan tips buat anda yang sedang dalam perancangan untuk berhenti kerja. Antara tips tersebut adalah:

  • Tulis surat letak jawatan sendiri, jangan C&P atau ambil dari Google
  • Tulis dengan ikhlas dari hati
  •  Be as honest and as fair as possible – to yourself and to the organisation
  •  Ingat dan simpan masa gembira dan masa belajar dari majikan
  • Jangan lupa kawan-kawan yang masih dengan majikan, kekalkan persahabatan sampai bila-bila
  • Ingat bahawa majikan akan sedih bila kita buat keputusan berpindah kerjaya. Majikan sedih sebab majikan sayang
  • Jangan bakar jambatan. Hidup satu putaran, selalunya it will come one full circle
  • Habiskan masa sebanyak mungkin dengan kawan-kawan yang dah jadi macam adik beradik di tempat kerja
  • Ambik seberapa banyak gambar dan video. Hadir seberapa banyak farewelk do’s.
  • Selesaikan handover seberapa baik
  • Berjumpa majikan di hari terakhir & say goodbye properly

Perkongsian Rafizi telah dikongsikan oleh beribu orang di Twitter. Kebanyakan daripada mereka memuji bekas pekerja beliau yang menulis surat yang sarat dengan isi dan emosi. Sebahagian netizen mahu menjadikan surat dan ‘tips’ yang dikongsikan Rafizi sebagai rujukan buat mereka di masa hadapan.

”Kebiasaannya majikan sayang setiap team member yang pernah bekerja. Saya sayang setiap yang saya hire seperti adik sendiri & saya anggap seperti keluarga. Bila mereka move on, mmg sedih yang teramat sangat. Tp kalau we leave on good footing, sayang itu akan kekal. Good luck semua,” katanya di akhir ciapan.

Sumber: Vocket