“Sungguh puitis ayat ayah Asyraf” – Surat cuti sakit anak yang ditulis seorang bapa buat ramai ‘cair’

“Sungguh puitis ayat ayah Asyraf” – Surat cuti sakit anak yang ditulis seorang bapa buat ramai ‘cair’

 

Setiap guru akan sentiasa memastikan anak muridnya mempunyai sebab kenapa tidak dapat hadir sekolah, itu maknanya  seorang cikgu yang bertanggungjawab.

Apabila anak tidak hadir ke sekolah maka ibu dan ayah perlu menyiapkan surat sakit anak untuk dihantar pada guru kelas.

Jadi telah ular satu surat ditulis tangan oleh seorang bapa untuk anaknya.

Assalamualaikum wr.wb

Alangkah indahnya pagi ini…matahari bersinar terang. Burung-burungnya menyanyi riang..

Bunga-bunga semerbak ditanam mewangi indah dan menawan.. Tapi ada satu yang layu iaitu anakku Asyraf..

Hari ini jumaat 10–2017 anakku Asyraf tidak dapat datang kerana sakit.

Maafkanlah dia, Semoga guru Asyraf tetap menjadi bunga yang paling indah dan menawan dapat mendidik muridnya setiap hari..

Aaminn…

Wassalamualaikum wr.wb 

Surat ini telah tular kembali kerana isi karangan surat sungguh berpuitis, dan orang sastera je boleh menulis seperti ini.

Akhir kata orang berbahasa cantik sudah semesti akhlaknya pun mesti cantik.