Suka tarik rambut untuk legakan sakit kepala? Doktor kongsi akibat buruk tindakan ini

Suka tarik rambut untuk legakan sakit kepala? Doktor kongsi akibat buruk tindakan ini

 

Sebelum ini, ramai yang mengatakan perbuatan tarik rambut atau scalp popping dapat melegakan sakit kepala dan menghilangkan migrain tanpa perlu mengambil ubat paracetemol.

Namun, baru-baru ini menerusi hantaran video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dr Wan yang berkongsi akibat buruk daripada tindakan tersebut.

Menurut Dr Wan, tindakan menarik rambut secara merentap sebenarnya amat berbahaya dan boleh menyebabkan lapisan dalam kulit terkoyak.

Kalau lah mujarab, doktor tak payah susah-susah prescribe ubat paracetamol, ubat migrain semua, membazir duit kerajaan je.

Jelasnya lagi, perbuatan ini boleh menyebabkan lapisan dalam kulit yang dipanggil senagai Galea boleh terkoyak dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kepada penyakit Folliculitis iaitu jangkitan kuman pada akar rambut.

Daripada nak release headache terus dapat jangkitan kuman. Korang nak macam tu?

@drwanshare

Tarik rambut untuk relieve sakit kepala….#dr1share #doktortiktok #tiktokguru

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi, ada yang mengatakan tindakan tersebut merupakan satu petua orang lama dan ada juga yang mengatakan perbuatan tersebut memang berkesan kepada mereka walaupun membawa keburukan.

Tapi saya buat memang hilang pening selalunya. – Netizen.

Ni petua orang dulu-dulu.. tapi kebanyakkan petua org dulu-dulu banyak manfaat dan membantu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.