Sudah terang lagi bersuluh, sejak bila ‘burung’ pun boleh deepfake? – Caprice
Aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice mempertahankan tindakannya mengajuk aksi lucah dan tidak senonoh seorang lelaki mirip pendakwah bebas popular tanah air.
Getus Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli 33, apa yang dilakukannya individu terbabit jauh lebih melampau berbanding tindakannya yang hanya ingin menegakkan kebenaran.
“Menganjing (mengajuk) benda paling minimum yang saya buat. Apa yang melampau apabila seorang ulama, seorang ustaz yang sepatutnya menyebarkan ajaran Islam telefon seorang gadis dan melayangkan aksi ciuman.
“Melampau apabila sesorang menghantar mesej kepada seorang wanita tanya ‘hang punya suami ada sebelah atau tidak’. Itu melampau tapi adakah kalian cakap tentangnya?,” ujar Caprice menerusi beberapa muat naik video dalam Instastory.
Caprice yang juga berprofesi penyanyi rap itu turut memberi analogi bahawa suatu ketika dahulu, seorang ahli politik negara dimasukkan ke dalam penjara walaupun bukti tidak kukuh.
Katanya, sudah terang lagi bersuluh video yang kian tersebar dalam kalangan orang ramai itu bukan bersifat palsu atau ‘deepfake’.
“Kalian tahu apa yang gila, dulu ada seorang ahli politik masuk penjara sebab dituduh main buntut. Video tak jelas, buntut pun tak nampak tapi boleh masuk penjara.
“Yang ini, sudah terang kalian boleh nampak burung (alat sulit) namun masih ada yang kata benda ini ‘deepfake’. Malaysia, sejak bila (bahagian) burung pun boleh ‘deepfake’,” tegas pelantun lagu Lenglui itu.
Deepfake ialah teknik pemalsuan atau bahantara yang menggantikan rupa atau wajah seseorang dalam media audiovisual sedia ada (baik gambar atau video) dengan rupa orang yang lain menggunakan rangkaian neural buatan.
Dalam pada itu, Caprice menasihatkan, dunia sekarang sedang berada pada fasa akhir zaman dan tidak semua perkara yang berlandaskan fizikal seorang sahaja atau boleh dilihat dengan mata kasar. Katanya, semua itu sudah tertulis dalam al-Quran dan hadis.
“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman.
“Kalau kalian tak faham Inggeris, saya faham tapi sekurang-kurangnya tolonglah faham al-Quran dan hadis.
“Dan, kalau kalian tak tetap tak faham, jangan buat saya lukiskan untuk anda semua. Kalau kalian nak saya lukis, saya boleh buat. Jangan cabar saya, saya boleh lukis (untuk beri gambaran keadaan sebenar yang berlaku),” katanya serius namun penuh sarkastik.
Terdahulu, Situasi dan konflik bertambah tegang apabila seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegramnya mendedahkan rakaman suara, video dan tangkap layar perbualan lucah, dikatakan milik seorang pendakwah yang popular dengan sikap dermawan itu.
Pada 20 Ogos lalu, Polis Diraja Malaysia mula membuka siasatan terhadap seorang pendakwah itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual.
Kemudian, pada 21 September, Kosmo! Online melaporkan bahawa Caprice yang baru sahaja pulang ke Malaysia selepas dua bulan berada di Jordan dan Mesir telah ‘mengisyitiharkan perang terhadap mereka yang berselindung di sebalik kesucian agama termasuk golongan pedofilia.
Sumber: Kosmo