‘Sudah sadar belum?’ – Muat naik video promo lagu, Nissa Sabyan kembali ‘diserang’ peminat

‘Sudah sadar belum?’ – Muat naik video promo lagu, Nissa Sabyan kembali ‘diserang’ peminat

Industri hiburan Indonesia sebelum ini kecoh kontroversi penyanyi Nissa Sabyan Gambus didakwa menjalin hubungan percintaan dengan pemain keyboard iaitu Ayus. Susulan itu, Ayus telah tampil akui kesilapannya dan memohon maaf.

Bagaimanapun, rumah tangga Ayus bakal berakhir apabila dipercayai isterinya iaitu Ririe Fariuz mengambil jalan untuk berpisah.

Setelah lama mendiamkan diri dari media sosial, Nissa Sabyan dilihat memuat naik sebuah video promo lagu terbaru kumpulan itu yang berjudul Sapu Jagat.

Namun, di ruangan komen kelihatan netizen masih lagi kurang berpuas hati dengan penyanyi itu yang hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.

Lagu baru Sapu Jagat

 

Lagu Sapu Jagat ini dicipta oleh Ayus Sabyan sepenuhnya dan dinyanyikan oleh Nissa. Posting yang dikongsikan Nissa ini bagaimanapun telah dapat perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial di Indonesia.

Rata-rata mereka memohon agar Nissa membuat kenyataan dengan kontroversi yang sudah berlaku. Malah, ada juga yang sentiasa memberi semangat kepada Nissa untuk terus berkarya.

‘Menghancurkan kebahagiaan wanita lain’

Peminat turut meminta Nissa tampil beri respon supaya tidak timbul fitnah dalam kehidupan peribadinya. Bukan itu sahaja, ada juga netizen selar dengan menganggap Nissa sebagai perampas kebahagiaan wanita lain dan perempuan tidak malu.

Sementara itu, kelihatan segelintir netizen terus memberi sokongan kepada penyanyi wanita itu untuk dia tidak mudah putus asa. Mereka juga mengharapkan agar Nissa tidak berhenti untuk berkarya dengan menghasilkan lagi lagu-lagu yang terbaik buat peminat.

Sumber: OB, Nissa Sabyan