“Sudah cukup” – Selepas jual trofi, motosikal & kereta, Ali Puteh syukur berjaya kumpul RM75,000

“Sudah cukup” – Selepas jual trofi, motosikal & kereta, Ali Puteh syukur berjaya kumpul RM75,000

 

Selepas beberapa tempoh, pelawak Ali Puteh berjaya kumpul RM75K hasil daripada menjual barangan peribadi dan produk makanan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan telah memuat naik satu keping foto memaparkan ucapan terima kasihnya kepada orang yang sudi membeli barangan dijual.

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

“Alhamdulillah, terima kasih yang membeli barangan saya. Terima kasih juga kerana mendoakan saya dan keluarga. Moga Allah membalas jasa baik anda semua,

“Sudah cukup RM75,000!” tulisnya hari ini.

Sebelum ini, Ali diperintahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali kerana memfitnah melalui platform Instagram beberapa tahun lalu.

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

Wang dikumpul itu dipercayai akan digunakan untuk melunaskan tuntutan saman yang dibuat oleh balu kepada Allahyarham abangnya Abam Bocey.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dan bersyukur atas kejayaan Ali selepas berusaha gigih bagi mengumpul wang tersebut.

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir turut meninggalkan komen mendoakan Ali dan keluarga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki.

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

Ali Puteh berjaya kumpul RM75K

Terdahulu, Ali telah menjual produk makanan keluarannya iaitu Sambal Petai Terangkat dan Sambal Jering Berlado sebagai salah satu cara mengumpul wang untuk membayar hutang berkenaan.

Baru-baru ini pula, dia menjual barangan peribadinya termasuk trofi-trofi kemenangan semasa menyertai program realiti lawak selain beberapa buah motor serta sebuah kereta.