“Suara ayu..” – Majlis perkahwinan batal lepas tersebar gambar sekolah, pengantin perempuan rupanya lelaki tulen
Hari bahagia seorang pengantin lelaki di Halmahera Selatan, wilayah Maluku Utara, Indonesia hancur sekelip mata apabila mendapat tahu isterinya merupakan seorang lelaki tulen.
Dalam laporan media Indonesia, pengantin lelaki bernama Naim Saban, 25, dan Dela La Udin, 26, melangsungkan pernikahan dan disaksikan pegawai pendaftar nikah setempat pada 15 Mei lalu.
Pada hari tersebut, Malik selaku ketua kampung berkata tidak merasa curiga kerana wajah Dela La Udin atau nama sebenarnya, Jurnal Lafini kelihatan cantik dengan solekan.
“Pada hari Rabu (15 Mei 2024), mereka bernikah dan saya juga hadir. Ketika itu, kami melihat Dela kelihatan cantik dan belum mengetahui bahawa dia ialah seorang lelaki,” kata Malik.
Namun, perkara itu terbongkar selepas seorang gurunya memuat naik gambar Dela semasa sekolah menengah yang jelas menunjukkan dia seorang pelajar lelaki.
“Selepas gambar itu tular, saya memberitahu anak imam yang menyolek wajah Dela. Saya menyuruh mereka memeriksa anggota kelamin Dela untuk memastikan perkara tersebut,” ujarnya.
Tambah Malik, Dela dikatakan enggan ditemani sesiapa pun ketika dia mahu menyalin pakaian pengantin, membuatkan mereka berasa curiga.
Perkara itu akhirnya dapat dipastikan selepas beberapa penduduk mahu memeriksa anggota badan Dela dan dia akhirnya membuat pengakuan.
Keluarga pihak lelaki berasa berang dan membawa Dela ke balai polis selepas mengetahui hal itu.
Pernikahan yang belum berdaftar itu diminta dibatalkan kerana melanggar hukum, agama dan adat istiadat.
Menerusi video permohonan maaf, si pelaku mempunyai suara ayu seperti wanita dan pengantin lelaki mengakui tidak mengetahui pasangan yang dinikahi adalah lelaki tulen.
@adirosadi778 Membalas @promptseatudah ada klarifikasi minta maaf wkwkwkwk #fypシ #fypシ゚viral