Suami tak layan borak, isteri campak telefon keluar kereta

Suami tak layan borak, isteri campak telefon keluar kereta

 

Disebabkan baran borak tak dilayan, seorang isteri telah mencampak telefon suaminya yang ketika itu sedang berbual melalui peranti tersebut keluar daripada kereta.

Video yang dikongsi pengguna Facebook tersebut telah mendapat kecaman ramai kerana dilihat seperti tidak menghormati suami lebih-lebih lagi ada anak mereka yang menyaksikan perbalahan tersebut.

Wanita terbabit yang tidak henti-henti mengatakan tindakan mencampak telefon keluar kereta sebagai satu padah kerana enggan mendengar dia berborak turut tergelak setelah suaminya terkejut serta bertanyakan mengapa dia melakukan tindakan tersebut.

Walaupun video tersebut merupakan satu konten perbalahan suami isteri di dalam kereta, ramai yang berasa kurang selesa kerana melihat ia agak keterlaluan seperti menjatuhkan maruah dan mencabar kedudukan suami dalam rumah tangga.

Selain itu, pasangan suami isteri yang membuat konten tersebut juga tidak peka dengan kesihatan mental anak yang melihat perilaku ibu bapa kurang matang di hadapan mereka.

Tak hanya itu, pasangan terbabit turut melanggar undang-undang sewaktu memandu apabila tidak memakai tali pinggang keledar dengan betul serta menggunakan telefon bimbit sewaktu sedang mengendalikan kenderaan.