Suami serah diri di balai polis selepas bunuh isteri dalam bilik hotel

Seorang suami serah diri di balai polis selepas membunuh isterinya di dalam bilik sebuah hotel terletak di Jalan Pejabat Pos, batu Gajah, hari ini.
Menurut laporan, lelaki berkenaan hadir ke kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah kira-kira pada jam 2 petang.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan suspek berusia 36 tahun itu menyerahkan diri ke balai polis selepas melakukan jenayah itu.
“Ya, benar,” katanya ringkas.
Menurut laporan, lelaki berkenaan memaklumkan dia telah membunuh isterinya dalam bilik di hotel tersebut.