Suami pukul isteri baru habis pantang lepas kantoi curang & ‘check in’ hotel

Suami pukul isteri baru habis pantang lepas kantoi curang & ‘check in’ hotel

 

Tular di media sosial seorang suami kantoi curang selepas isterinya ‘terjah’ sebuah hotel terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Video berdurasi 48 saat itu telah menerima hampir 20,000 tontonan dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

@_itsmetrishaa91

CURANG #curangitupilihanbukankesilapan #curangitupilihanbukanpaksaan #curang #portdikson #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #penyondollakiorang

♬ Masing Masing – Encik Senget

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok dikenali @_itsmetrishaa91, kelihatan seorang wanita dipercayai isteri tiba di perkarangan kaunter pendaftaran hotel berkenaan sebelum menuju ke sebuah bilik dipercayai diduduki suaminya bersama wanita lain.

Dalam video tersebut dilihat lelaki berkenaan telah memukul isterinya tanpa belas kasihan sebelum ditarik dan dipukul lagi di perkarangan parkir kereta kerana kantoi berlaku curang.

Difahamkan, wanita berkenaan baru sahaja melahirkan zuriat mereka dan habis berpantang.

Video tersebut juga mendapat perhatian banyak pihak terutama wanita asal Singapura yang pernah mempunyai kaitan dengan penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Menurut Sarah Yasmine, dia terpaksa berkongsi video berkenaan kerana tidak boleh berdiam diri melihat kelakuan lelaki yang dipercayai kini berada di sekitar Bangi terhadap isterinya.

Dakwanya lagi, lelaki berkenaan telah berlaku curang di belakang isterinya ketika wanita itu hamil lagi.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan atau penjelasan lanjut mengenai insiden berkenaan.