Suami pasrah isteri hamil mengidam bau bekas kekasih, rupanya ada plot twist lain

Suami pasrah isteri hamil mengidam bau bekas kekasih, rupanya ada plot twist lain

 

Wanita mengandung kebiasaannya akan mengalami satu fasa ‘mengidam’ dan selalunya para suami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan isteri tersayang. Namun begitu, ada juga situasi di mana wanita mengandung mengidam sesuatu yang pelik sehingga sukar untuk ditunaikan.

Isteri mengidam bau bekas kekasih

Menerusi ciapan pengguna di Twitter dikenali Faa, berkongsi pengakuan daripada seorang lelaki apabila isterinya yang sedang hamil mengidam bau bekas teman lelakinya.

Tersedak saya baca status ni. Pasrah je si suami suruh wife contact bekas teman lelaki dia. Dear husband sekalian, apa benda paling gila wife korang pernah mengidam?

Pada awalnya disangkakan ianya hanya gurauan semata-mata, namun si isteri nekad untuk meminta suaminya mencari wangian yang sering dipakai oleh bekas teman lelakinya itu.

Isteri aku punya gila dia masa mengandung dia mengidam minta nak bau ex boyfriend dia. Masa dia cakap aku ingat gurau rupa-rupanya betul serius.

Aku cakap beritahu lah wangian jenama apa ex dia pakai biar aku cari. Isteri aku cakap dia tak tahu tapi still boleh ingat bau tu.

Kasihan dengan anak yang dikandungkan oleh isterinya itu, si suami sanggup menghabiskan wang untuk membeli segala jenis wangian. Walau bagaimanapun, wanita terbabit masih tidak berpuas hati sehingga tarik muka.

Demi anak dalam perut tu aku beli macam-macam wangian masih jugak bukan bau yang isteri aku nak. Aku cakap jangan dilayan perasaan syaitan tu. Dah tak pasal merajuk tarik mua dengan aku.

Rupa-rupanya bukan dari benih suami

Akhirnya, si suami meminta isterinya untuk menghubungi bekas kekasihnya itu dan meminta lelaki berkenaan menghantar wangian yang dipakai olehnya.

Last aku cakap kat isteri aku minta dia contact ex dia tu suruh pos perfume apa dia pakai. Aku malas nak panjang cerita.

Di akhir kisah tersebut, siapa sangka rupa-rupanya si isteri pernah curang dengan bekas teman lelakinya. Lebih mengejutkan lagi apabila anak yang dikandungnya bukanlah dari benih suaminya tetapi dari bekas kekasihnya itu.

Untuk status baby dalam kandungan, berat untuk aku beritahu yang status baby tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingatkan balik semasa aku tahu keputusan paternity dan DNA itu.