Suami kongsi gambar kahwin baru, status Irma Hasmie undang tanda tanya

Suami kongsi gambar kahwin baru, status Irma Hasmie undang tanda tanya

 

Status Irma Hasmie jadi tanda tanya apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik gambar bersama wanita lain dan sedang bersanding di atas pelamin.

Menerusi hantaran yang dibuat Redza di Instagram, dia meluahkan rasa syukur diatas perkahwinan tersebut dan berharap agar perjalanan baru dalam kehidupannya ini dipermudahkan.

“Bismillah…New journey has begun, the focus will be family, career & future together…

“Jazakumullahukahir to all for the prayers…semoga Allah SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian & pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin,” tulisnya.

Dia juga berkongsi gambar sewaktu ibunya menyarung cincin tanda kepada wanita berkenaan disamping menyertakan juga video menyambut hari lahir anak-anak di posting tersebut.

“Alhamdulillahirabbilalamin…Happiest Birthday My Sons…Hope u guys be our best, daddy & mommy love u both…Penyatuan 2 keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini…Let’s make it proper,” ujarnya.

status Irma Hasmine jadi tanda tanya

Walau bagaimanapun, status perkahwinan antara Redza dan Irma Hasmie masih menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas tiada gambar mereka bersama dalam Instagram lelaki terbabit.

Terdahulu, satu luahan Instagram selebriti terbabit telah menjadi bualan apabila seakan memberitahu tentang keadaan rumah tangganya sekitar tahun lalu.

Namun begitu, Irma enggan mengulas lebih lanjut tentang perkahwinannya dan menganggap ia terlalu peribadi.

Sekadar info, mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan 9 tahun.