Suami kantoi curang, sakan karaoke dengan penyondol waktu isteri di hospital

Suami kantoi curang, sakan karaoke dengan penyondol waktu isteri di hospital

 

Boleh dikatakan kes curang terhadap pasangan sering kali berlaku di Malaysia dan selalu kita dengar pasangan curang terhadap suami atau isteri mulanya daripada pejabat.

Melalui laman Instagram baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa perit dan sedih apabila mengetahui suami berlaku curang terhadap dirinya yang ketika itu masih dalam tempoh berpantang.

Lagi sedih, anaknya lahir tidak cukup bulan dan difahamkan mempunyai masalah jantung.

suami curang

Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendedahkan si suami sempat pergi pusat hiburan untuk karaoke bersama penyondol biarpun ketika itu isteri berada di hospital.

Difahamkan, si penyondol merupakan rakan sepejabat lelaki terbabit dan bibit-bibit percintaan bermula selepas mereka kerja bersama.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat wanita itu untuk lawan dan meminta agar dia menyimpan segala bukti untuk dibawa ke mahkamah.

komen

komen