“Suami ingat aku tak tahu dia pergi jumpa janda kawan pejabat dia, remuk hati masa tengok gambar ada kereta merah dia di lot parkir”

“Suami ingat aku tak tahu dia pergi jumpa janda kawan pejabat dia, remuk hati masa tengok gambar ada kereta merah dia di lot parkir”

 

Hubungan akrab antara rakan sepejabat sering membibitkan bunga-bunga cinta.

Malah ia turut berlaku pada pasangan yang sudah berkeluarga.

Bagi cinta tiga segi, kebanyakan suami lebih gemar memilih rakan sepejabat dan meninggalkan isteri serta anak dengan menjadikan ketidaksefahaman sebagai alasan.

Hantaran asal yang dibuat seorang pelayar laman X sehingga menyebabkan suami wanita ini kantoi.

Menerusi luahan seorang isteri, dia hanya mengetahui hubungan suaminya dengan seorang wanita berstatus janda selepas melihat perkongsian sekeping gambar di media sosial.

Mana tidaknya, gambar tersebut memaparkan beberapa buah kereta berwarna merah yang tersusun di lot parkir sebuah pangsapuri.

“Suami aku ingat aku tak tahu dia pergi jumpa janda kawan pejabat dia.

“Aku dapat tahu selepas kawan aku kongsikan satu tweet sederet kereta merah parkir banyak-banyak,” luahnya.

Menurutnya, salah satu daripada kereta yang parkir di situ adalah milik suaminya.

Mengakui rasa kecewa dan terkilan melihat gambar tersebut, dia turut bertanyakan apakah tindakan yang wajar dilakukan.

“Remuk hati masa tengok gambar… apa patut aku buat sekarang,” tambahnya.

Luahannya itu disiarkan seorang pelayar laman X yang kerap mengetengahkan masalah dialami masyarakat khususnya isu rumah tangga.

Malah dia turut menyertakan ciapan asal gambar kenderaan berwarna merah yang dibuat seorang lagi pelayar.

Susulan perkongsian tersebut, warga maya meninggalkan pelbagai reaksi mencuit hati dan menyelar pelayar X berkenaan kerana tidak menutup nombor pendaftaran kenderaan sehingga mencetuskan ‘huru hara’ dalam hubungan perkahwinan wanita terlibat.

Sebahagian komen warga maya.

“Kalau censor nombor pendaftaran mesti tak jadi macam ni.

“Jadi suami akak pakai Perodua Bezza atau Nissan Almera?

“Hanya Bezza dan Almera saja yang nampak nombor pendaftaran,” ujar beberapa netizen.

Tidak kurang juga yang memintanya membuat persiapan untuk menamatkan hubungan dengan mencari bukti-bukti lain.

“Simpan bukti ni, dalam masa sama cari bukti-bukti lain. Saman orang ketiga sister! Semoga berjaya… wanita jangan takut atau lemah dengan penyondol.

“Apa lagi, minta alamat dan pergi serbu. Nanti suami putar belit cerita, lagi payah.

“Pergi pejabat agama atau mahkamah. Selamatkan diri sebelum terlambat,” ujar beberapa warga maya lagi.