Suami durjana, masukkan timun dalam kemaluan isteri akibat pengaruh syabu

Suami durjana, masukkan timun dalam kemaluan isteri akibat pengaruh syabu

 

Semakin hari semakin banyak isu kekejaman rumahtangga berlegar di media antaranya ada isteri yang didera, dipukul dan diperlakukan seperti binatang angkara suami terjebak dadah.

Peguam syarie, Fahmi Ramli ketika menceritakan pengalamannya berkata, beberapa tahun lalu kliennya seorang isteri terpaksa failkan fasakh kerana suami enggan cerai, memukul isteri dan telah dihukum penjara.

“Sebabnya, pengambilan dadah jenis ‘ice’ oleh suaminya, pakar menjelaskan, seseorang yang terpengaruh syabu ini boleh mengakibatkan kepada peningkatan tahap hormon dopamine dalam otak secara mengejut sehingga 1,000 kali ganda.

“Akibatnya mereka akan khayal, degup jantung dan kadar pernafasan menjadi pantas, serta peningkatan nafsu seks,” jelasnya dalam tulisan di saluran Telegram baru-baru ini, menurut laporan Utusan.

Jelasnya, wanita tersebut diperlakukan dengan kejam, nafsu seksual suaminya diluar tahap yang normal apabila sering menggunakan objek seperti timun ke dalam kemaluan setiap kali bersetubuh.

Bukan itu sahaja, jika isterinya menolak, tubuh badannya sering menjadi mangsa pukul kepada suaminya itu.

“Bila dia nak buat aduan, anak-anak akan menjadi penghalang. Anak-anak menangis bimbang bapanya dipenjarakan sebab anak masih kecil.

“Tapi, setelah dia menjumpai dadah di dalam poket seluar suaminya, barulah dia nekad untuk lapor kepada polis. Dia bimbang kesan lebih buruk akan berlaku jika dibiarkan,” jelasnya.

Jelasnya, jika suami sudah ditahan dan dijatuh hukum atas kesalahan pengambilan dadah ini, isteri berhak memohon fasakh atas sebab suami berkelakuan keji mengikut Hukum Syarak mengikut seksyen 53(1)(h)(ii).