“Suami cakap lelaki perlu keluarkan kalau tak akan sakit, itu punca dia cari perempuan2 toys, aku pun mahu tapi aku tak boleh lupa, tilam ni lah tilam dia ‘bersama’ perempuan tu”

“Suami cakap lelaki perlu keluarkan kalau tak akan sakit, itu punca dia cari perempuan2 toys, aku pun mahu tapi aku tak boleh lupa, tilam ni lah tilam dia ‘bersama’ perempuan tu”

 

Salam semua. Ini aku lagi, Zati. Sambungan dari confession aku yang lalu. Aku perasan setiap kali aku balik dari pasar, terserempak jiran, dia akan jeling aku. Rupanya dia skandal dengan suami aku

Beberapa hari lepas, balik dari mahkamah, aku menaip panjang. Meluah semua yang terbuku. Aku simpan dalam draft. Aku copy semua dan hantar ke sini. Pelik juga selepas dipublish perenggan, susunan cerita dan ejaan aku jadi terabur lebih teruk dari yang ada dalam otak aku, haha.

Ini kali ke 2 aku berkongsi dan maaf cerita aku sedikit panjang. Aku baru dapat panggilan tarikh kaunseling, 9 pagi esok. Tergerak nak buka page ni dan jumpa kisah aku. Ngam-ngam kat luar hujan lebat, lebat lagi air mata aku baca doa dari semua.

Terima kasih beri kekuatan kata-kata semangat. Terima kasih juga yang memberi teguran dan nasihat. Semoga Allah kembalikan doa-doa kalian dan semoga juga perempuan di luar sana tidak terima nasib macam aku.

Yang bertanya suami aku handsome sangat ke? Jujur kata, dulu aku tak tertarik dari rupa dia. Dia ada air muka, kacukkan arab dan cina. Tapi tak lampai macam pak arab, tak juga putih macam cina. Aku dan suami sama tinggi 170 cm, sama size baju M, seluar dan kasut.

Aku kategori besar untuk perempuan dan suami kategori kurus untuk lelaki. Aku dulu bekas atlet dari zaman sekolah sampai universiti. Boleh bermain semua sukan. Bola jaring, bola baling, bola tampar, badminton, tapi tak menonjol sahaja lah.

Dulu buat keputusan berkahwin bukan atas dasar desperate. Aku tak plan nak kahwin awal. Waktu tu otak dan jiwa aku kosong. Follow the flow. Kalau kata aku pilih handsome, sebelum berkahwin ada lelaki tinggi dan lebih handsome yang aku berkawan. Waktu tu dia belum ready untuk kahwin. Aku pun sama.

Cuma dengan suami, waktu itu aku kira dia seorang yang menjaga agama, solat tak tinggal. Beza umur 6 tahun, aku ingatkan lebih matang, rupanya tidak juga. Dia berani bawa umi abah dia datang rumah dan terus bincang hal kahwin.

Sebulan selepas umi abah dia datang, kami bertunang. Empat bulan kemudian terus nikah. Semua berlalu dengan sangat laju. Malah sekarang dah 5 tahun pun aku tak rasa masa bergerak. Tahun pertama kami diuji kewangan.

Suami terpaksa bayar hutang abah dia berpuluh ribu juga. Aku diamkan. Malah aku pujuk suami supaya ikhlas sebab abah dan umi dah banyak berhabis waktu dia belajar dulu. Suami anak lelaki sulung, aku rasa dia lebih wajib dipertanggungjawabkan urusan umi abah daripada kakak-kanak dan adik-adik dia.

Pernah kami beli burger tepi jalan sebiji sebab tak cukup cash. Tapi abang burger tu bagi kami 2 biji. Sampai sekarang aku ingat abang tu. Semoga rezeki dia melimpah dan tak akan putus. Hutang abah habis dibayar, rupanya menyempat juga dia salur duit dekat perempuan perempuan dia.

Tahun kedua selepas aku mengamuk depan umi abah yang dia tak diberi nafkah tapi perempuan lain laju dia tabur duit. Sejak tu baru dia beri. Tapi tak tiap bulan, tak menentu jumlah dan tak pernah on time. Simpanan aku tak banyak tapi sentiasa cukup.

Siap belanja barang dapur rumah mama abah beratus tiap bulan. Penuhkan barang basah rumah aku dan makanan kucing aku. Ada masa rindu keluarga jauh, sengaja aku hantar makanan untuk anak-anak sedara aku. Ada masa aku tolong tambah bayar service kereta.

Pelik, macam banyak duit tapi tu lah hakikatnya alhamdulillah mencukupi. Perempuan yang minta berikan nama anak tu ada suami. Suami aku tak mengaku itu anak dia. Pada dia itu perbualan sesama kawan. Diorang berkawan dari perempuan tu bujang dan sekarang dah anak tiga.

Bukan perempuan tu sahaja yang sudah bahagia dengan kehidupan sendiri, perempuan lain yang pernah dengan suami juga ada yang sudah bertunang, bernikah dan punya anak. Aku yang menyaksikan kisah diorang dengan suami ni masih lagi dalam sangkar.

Kenapa terlalu lama, 5 tahun bertahan. Macam awal yang aku cakap, aku betul-betul tak sedar masa berlalu terlalu laju. Sehari aku menjerit, mangamuk, menangis, penat, tidur, esok aku heal sendiri dan buat kerja rumah macam tak ada apa berlaku.

Tetap bangun gosok baju kerja suami, masak makanan suami, kemas rumah dan cuci tandas kucing. 5 tahun aku buat apa? Aku selesaikan master dan ada beberapa online course yang aku ambil. 2 tahun kovit, aku sibuk jadi sukarelawan awam kkm bantu pengagihan vaksin dan bantu hr update sistem pesakit.

Semua kesibukkan tu buat aku tak rasa masa bergerak. Suami juga dah lali kalau kant0i dan aku mengamuk, sebab tu dia ulang dan ulang macam tak bersalah. Suami usik sikit aku tersenyum dah borak balik macam biasa. Dia tak pernah rasa apa yang dia buat salah. Aku yang salah, sebab tak beri hak suami.

Maafkan? Tak. Aku tak maafkan malah aku tak pernah lupa. Hidayah, Zety, Farhanah, Anis, Chan, Fazreena dan beberapa lagi. Semua aku ingat muka dan aku juga tahu mana nak cari diorang. Aku ada sedikit ilmu hacking. Sebab tu aku sentiasa boleh access hp suami.

Aku penat untuk sedih yang lama, bukan ada siapa pujuk pun. Penat untuk m0gok, aku sendiri yang pening rumah bersepah, gastrik dan migraine semua datang aku cari ubat sendiri. Suami cakap, dia dah beri duit, belilah sendiri.

5 tahun tak disentuh suami. Kami pernah mencuba. Tapi trauma aku datang, terus teringat gambar suami macam flashcard dalam otak. Tilam yang ada di rumah ni lah tilam dia bersama perempuan tu. Suami tak nak buang, atas alasan dia beli mahal.

Dah cuba lapik tebal dan beli alas mahal, tapi aku masih tak boleh lupa. Sakit. Aku tidur atas lantai toto narita macam orang jepun selama 5 tahun. Nak beli tilam sendiri, tapi suami tak izin. Aku pernah kena maki dekat mall depan orang ramai sebab aku nak beli tilam murah. Suami nak tilam mahal tapi belum mampu.

Aku tak mampu berdebat bila suami cakap yang lelaki perlu keluarkan kalau tak akan sakit. Itu punca dia cari perempuan-perempuan toys dia. Aku pun mahu, tapi aku tak boleh lupa. Kalaulah otak boleh pilih mana yang perlu delete, aku buat.

Tiap hari aku pakai sexy, tak juga diperlaku selayaknya. Akhirnya aku buat baju harian saja macam tak ada apa. Suami ejek aku gemuk, sedangkan perempuan dia text ada jauh lagi gemuk dari aku. Ejek aku papan, rupanya ada juga perempuan papan yang dia layan.

Pernah juga tanya kenapa suami tak nak lepaskan aku walaupun dah 5 tahun macam ni. Dia cakap dia tak nak menyesal. Kenapa baru sekarang aku bertindak? Semua bermula dari balik raya rumah nenek, aku kena tegur pakcik dia sebab tak panggil suami tidur sama.

Masa bulan puasa lagi dah kantoi, aku diam tak tunjuk apa depan keluarga. Dekat rumah nenek, kantoi lagi. Masa ni aku mengamuk dekat rumah family dia, depan umi abah. Tak lama kantoi lagi masa dia bawa aku bercuti, jam 3 pagi aku terjaga dia tak ada dekat sebeIah.

Dia pergi kursus aku tak ikut, rupanya naik genting check in, kantoi aku jumpa dalam apps agoda dia. Semua trek record kalau tengok balik setiap bulan dia ada kes. Last aku beri dia peluang bulan lepas, aku minta maaf dengan dia selama 5 tahun tak jadi isteri yang dia nak.

Aku minta maaf juga sebab aku punca dia cari perempuan toys dia. Aku tak yakin kalau aku beri apa yang dia tuntut, dia akan berhenti cari perempuan dan dia juga tak yakinkan aku. Peluang terakhir gagal juga. Kantoi lagi waktu aku cuba buka agoda dia cuba cari tempat honeymoon yang kononnya ingin reset balik hubungan kami. Resit dia pernah booking hotel ada.

Kemudian aku jumpa text dia tanya berapa hantaran dengan perempuan yang dia kata kawan lama. Atas alasan saja nak riki berapa hantaran kebanyakan perempuan sekarang. Perempuan tu minta 30k. Bukan tentang hantaran sahaja, ada juga terselit yang kotor.

Dari awal kahwin dia dah cakap niat nak poligami dengan aku. Aku bukan benci poligami, tapi aku benci lelaki yang permainkan hukum agama. Masa viral kisah abang tesla, aku terasa sebab aku juga tak berikan zuriat untuk suami. Aku b0doh baru berani sekarang.

Aku juga nak merasa punya anak dari rahim sendiri. Aku masih sihat. Tak pernah senggugut, period selalu on time. Penderma darah tiap 3 bulan. Aku tak nak anak aku rasa macam yang aku pernah rasa. Lihat mak menangis, ayah curang.

Umur aku sekarang semakin meningkat. Masa depan bab anak aku tak nampak kalau masih bersama suami. Beberapa hari ni rasa lemah badan. Tak tahu punca, bangun tidur peha dan betis aku lebam-lebam, bukan lebam yang macam gigi pelesit.

Lebam macam kena pukul dengan besi atau jatuh tempat tinggi. Bergaris panjang dan besar. Lengan dan bahu aku pun lenguh rasa macam kena kepit kena himpit. Aku dah google. Yang aku jumpa selain dari gigitan pelesit dan tanda-tanda cancer, dinding pembuluh darah rapuh akibat dari kepenatan terlampau dan tekanan psik0logis. Aku percaya sebab yang ketiga tu.

Aku tak ada selera, tapi aku paksa diri untuk makan. Perabot yang aku beli dengan duit aku, aku jual. Macam pisang goreng panas, laju kena sambar. Barang elok, modern esthetic tapi aku jual dengan murah. Aku tak nak barang aku tinggal dalam rumah ni dan diguna perempuan lain.

Rumah semakin lapang. Suami semakin terasa yang kali ni aku betul-betul tekad. Kebetulan semua kereta suami pula rosak dalam minggu ni. Satu tanki radiator pecah, satu system kereta rosak, satu lagi battery perlu ganti.

Minggu ni rumah aku sugul. Aku dah mula fikir nasib kucing aku. Bukan aku tak nak bela dia lagi, tapi aku sendiri belum tentu duduk mana esok. Tinggalkan dengan suami, aku kesian nanti dia tak dapat ikan rebus. Suami tak manjakan kucing macam aku.

Esok sesi kaunseling pertama kami. Doakan aku lagi ya. Mungkin aku akan sambung lagi selepas proses cerai kami selesai. Jangkaan 6 bulan lagi. Terima kasih sekali lagi buat semua yang mendoakan dan beri semangat hari tu. Semoga Allah beri korang ganjaran yang lebih baik. Aamiin. – Zati (Bukan nama sebenar)