“Suami bangga sebumbung dengan isteri orang, sebab aku rindu hanya dengan WhatsApp aku diceraikan”

“Suami bangga sebumbung dengan isteri orang, sebab aku rindu hanya dengan WhatsApp aku diceraikan”

 

Salam pembaca yang dihormati. Benarlah kata pepatah yang sering kita dengar. Demi nak membantu kekasih lama sanggup runtuhkan rumahtangga sendiri.

Aku telah berumahtangga selama 12 tahun bersama H.

Sepanjang perkahwinan, aku rasakan aku tidak pernah diberikan kasih sayang sedangkan suamiku H sering berkata bahawa kasih sayangnya terlalu banyak.

Mungkin untuk diberikan kepada orang lain tapi terlalu kedekut untuk diberikan kepada aku isterinya.

Aku terima seadanya walaupun pernah terdetik rasa menyesal berkahwin dengannya. Masa tidak boleh diundur, kehidupan perlu diteruskan dengan sebaiknya.

Aku mengaku aku seorang yang garang dan agak kasar. Kami jarang sangat bergaduh namun jika terjadinya pergaduhan pasti agak besar. Aku tidak dapat menahan rasa amarahku dan pasti akan mengeluarkan kata kata kasar dan meninggi suara terhadapnya.

Pada awal perkahwinan dia juga seorang yang pemarah dan sudah pastinya kata kata kasarku turut dibalas kasar.

Sehinggalah tiba suatu ketika, suamiku menghubungi kekasih lamanya, Ros.

Ros mempunyai suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Entah bagaimana dia boleh berhubungan kembali dengan suamiku walaupun suaminya boleh dikatakan mempunyai sifat suami idaman wanita.

Ya, aku mengaku walaupun suamiku agak diam tapi dia pandai menuturkan kata kata yang manis. Jika tidak, masakan aku boleh terg0da dengannya dalam masa yang singkat dan berkahwin dalam tempoh perkenalan hanya beberapa bulan sahaja.

Sebetulnya, ketika itu aku benar benar merasakan perpisahan jalan terbaik buat kami.

Aku minta cerrai namun suamiku tidak mahu melepaskan aku dan akhirnya aku redha untuk terus bersamanya memandangkan Ros berjanji tidak akan menggangu lagi rumahtangga kami.

Kami meneruskan kehidupan seperti biasa namun hampir setahun kemudiannya aku dapati suamiku berhubungan kembali dengan Ros. Aku benar benar kecewa dan nekad ingin berpisah.

Di hadapan ibunya aku meminta cerrai tapi ternyata suamiku tetap tidak mahu mencerraikanku.

Malam itu, dia bersumpah di hadapan ibunya tidak akan ulangi perbuatan yang sama dan juga bersumpah di hadapan al-Quran.

Kehidupan rumahtangga kami kembali seperti biasa. Rasa hormatku pada suami makin berkurang. Terasa benci meruap ruap di hati. Namun aku cuba buang jauh jauh rasa negatif itu. Dia tetap tidak berubah..

Aku tidak pernah merasakan kasih sayang suami darinya. Terkadang rasa cemburu hadir bila melihat pasangan lain yang mana suaminya mengambil berat akan isterinya. Aku merajuk tak pernah dipujuk. Pujuklah diri sendiri andai rasa nak merajuk.

Namun begitu, tahun ke tahun rasa sayangku padanya makin menebal walaupun dia telah berhenti kerja. Mungkin faktor umur yang semakin mendewasakan namun satu perkara yang sukar ku ubah ialah tentang mulutku yang pasti akan berkata kasar apabila bergaduh.

Pernah sekali aku mengatakan dia dayus. Manakan tidak. Suamiku sering mengutamakan kawan kawannya, keluarganya berbanding aku isterinya.

Di sudut kecil hatiku terlalu kecewa dengan suamiku. Jika berjanji dengan kawan, pasti dia tepati masa. Tapi bila denganku entah berapa kali tertunda. Alasannya, malas.

Sebetulnya aku sangat kecewa apabila dia berhenti kerja kerana kewangan kami baru sahaja hendak stabil. Tapi apakan daya, bergaduh sekalipun belum tentu dia akan mengubah sikapnya untuk bekerja kembali. Jadi, aku redha.

Mungkin bebanan keluarga yang ditanggung aku seorang ditambah penat menguruskan semuanya sendiri, menyebabkan aku sering menolak keinginan untuk bersama. Maafkan aku wahai suamiku.

Dalam tempoh tidak bekerja, suamiku mendalami ilmu agama. Sejak itu jika terjadi pergaduhan dia hanya berdiam diri. Asam garam berumahtangga pasti akan ada perselisihan. Sekali setahun pasti berlaku ketidakpuashatian aku terhadapnya. Tapi, pergaduhan kami tidak lama.

Setahun kebelakangan ini aku terasa sangat bahagia bila dia mula mencium pipiku setelah bersalam dengannya untuk keluar kerja. Dia juga mula mengajakku berjemaah subuh walaupun hanya pada hari jumaat.

Bayangkan, selama perkahwinan kami tidak pernah solat berjemaah. Aku benar benar sayangkan dia dan sering berdoa agar rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga. Aku rasakan dialah pasangan hidupku hingga ke tua, ke akhir hayat.

Rupanya, manis cuma seketika. Sempat hanya dua kali berjemaah subuh, aku dikejutkan dengan berita dia telah tiga minggu berhubungan kembali dengan kekasih lamanya yang lain iaitu Fid. Sehingga berjanji akan mencerraikanku jika aku tidak sanggup bermadu.

Walaupun hati berat menerima, namun aku pasrah. Aku benarkan mereka bersamanya cuma keadaan belum mengizinkan kerana Fid masih lagi bergelar isteri orang.

Asalnya hendak membantu Fid dalam rumahtangganya tapi kemudian ingin merebut kembali Fid daripada genggaman suaminya.

Aku mengaku banyak kelebihan Fid berbanding aku. Bukan sahaja rupa cantik dariku, dia lembut, peramah dan berduit. Mempunyai kerete besar, sedangkan aku hanya Viva buruk yang dah mula minta dibaiki.

Fid tidak seperti aku yang mana tangga gaji jauh lebih rendah darinya. Kehidupan Fid bersama suaminya agak mewah memandangkan suaminya tidak pernah mengabaikan nafkah. Sedangkan aku cukup cukup makan menanggung kehidupan rumahtangga kami.

Dalam diam Fid cemburu hubungan aku dan suamiku. Sedangkan sepatutnya aku yang cemburu kerana suamiku lebih kerap menghubungi Fid berbanding aku.

Lebih kerap menyatakan rasa rindu, rasa sayang padanya sedangkan pada aku? kata sayang pun susah nak didengar. Dan cemburu aku berasas, aku isterinya.

Sejak itu, suamiku terus keluar bekerja di negeri bersebelahan. Sebulan selepas pengetahuanku, suamiku semakin berubah. Terus menengking aku, menolak aku dan terus mengatakan rasa sayangnya padaku telah hilang. Aku sedih..

Pernah aku terjumpa gambarnya bersama. Aku bertanya tapi jangankan hendak jujur, semakin banyak penipuan padaku.

Seperti yang aku katakan tadi, sepanjang tidak bekerja dia telah mendalami ilmu agama. Aku hairan, semakin tinggi ilmu agamanya, kenapa pemikirannya seperti orang kurang beriman. Dia mula mengabaikan aku dan anak kami. Mula jarang balik ke rumah.

Rupanya setiap minggu dia dating, berjumpa Fid tanpa pengetahuanku. Dan dua bulan selepas itu, suamiku mula tinggal serumah dengan Fid dan hanya pulang sehari pada dua bulan tersebut.

Padanlah terdetik di hati aku mereka telah tidur bersama kerana dia mula tidak mahu menyentuhku. Demi Fid, segalanya dia sanggup. Bekerja keras, beri kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh, dan berkongsi segala aktivitinya.

Sedangkan aku terus diabaikan, jika aku telefon pun tidak diangkat, mesej tidak dibalas. Jika balas hanya sekali dan marah marahkan. 100 peratus sikapnya berubah. Tidak pernah lagi berlembut denganku, terlalu serius. Bayangkan jika pembaca semua berada di tempat saya.

Fid mula berasa besar diri, usahanya berjaya. Dengan bangga menyatakan dia tidak merampas suami orang kerana dia dulu ada dalam hati suamiku, mengatakan suamiku kahwin denganku kerana iras mukaku hampir sama dengannya.

Dan aku baru tahu rupanya Fid jeles bila aku menelefon suamiku. Jeles walaupun suamiku balik sehari sedangkan dia tiap tiap minggu tinggal bersama suamiku. Mengasut secara hasut supaya suamiku tidak pulang dan dia tidak mahu berkongsi kasih.

Paling menyedihkan tiba tiba suamiku tidak menjawab telefon atau mesejku selama sebulan, tidak mengirimkan langsung berita. Aku terasa begitu down, hampir d3pr3ssion sehinggalah aku berikhtiar untuk memulihkan semangatku.

Suamiku sepertinya tidak lagi menganggap aku isterinya tapi menganggap hanya Fid isterinya. Mereka tidak merasa bersalah berziina walaupun Fid masih belum dicerraikan suaminya.

Aku minta agar berhenti dan bersabar sehingga boleh kahwin tapi nfsu mereka mengatasi segalanya.

Mereka tetap meneruskan perbuatan itu sehingga Fid dicerraikan. Seminggu selepas Fid dicerraikan, suamiku mencerraikan aku hanya melalui wasap. Hanya kerana aku rindu ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama dia tidak pulang.

Dia benar benar marah kerana dia telah plan untuk bersama Fid semasa cuti sedangkan aku berkeras ingin berjumpanya. Kerana itu, aku dicerraikan. Aku benar benar sedih. Lemah segala anggota, aku hampir pengsan menerima lafaz cerrai wasapnya.

Hingga kini, aku masih bersedih. Sudah 4 bulan aku dicerraikan. Susahnya hendak move on.

Aku masih cuba mengumpul kekuatan baru, berdoa pada Allah agar diberi kekuatan, dihilangkan kesedihan, dilapangkan hati, belajar redha seikhlasnya dan sentiasa bersangka baik pada ujian Allah.

Aku mohon pembaca tolong doakan aku agar cepat dapat lupakn bekas suamiku dan agar dapat memaafkan dia seikhlasnya.

Reaksi warganet

Avi Cenna –
Yang buat d0sa, pihak lelaki. Puan carilah bahagia sendiri dengan cara yang betul.
Individu yang rosakkan rumahtangga, manisnya sekejap ja.

Don’t worry, kita jaga diri kita demi Tuhan, Tuhan akan jaga diri kita juga. Ini janji Allah. Semoga dipermudahkan.

Zaitun Ujang –
Dia yang buang ko kan. Takbbgegar tiang arasi ko sebab ko dah cuba bertahan. Ko tengok sedikit masa lagi. Mana hala tuju rumahtangga ex suami ko ni.

Saya berani cakap tak lama lagi dapat lah dia kifarah mengkhianati amanah Allah. Kalau dia datang nak rujuk balek, eloklah ko pijak pijak je dia ni. Takda faedah ko nak rindu dendam dengan manusia macam ni.

Dah bertaubat pun usah lah ko terpedaya lagi. Carilah kebahagiaan sendiri. Banyak cara nak bahagia. Terjawab ko dah allah ringankan, sujud syukurlah…

Nor Atikah Md Nor –
Cakap memang senang. Orang bole tanya kenapa nak sayang lagi sedangkan lelaki tu memang nyata nyata bukan yang baik?. Tapi saya faham perasaan sis. Bukan mudah nak lupakan sebab dah lama hidup bersama dan dia tetap ayah kepada anak sis.

Tapi memang mula mula kita akan jadi bodoh kenang lelaki tak guna ni. Memang akan rasa diri ni bodoh, sayang dekat orang yang buang kita. Tapi insyaAllah time will heal sis. Saya doakan sis bahagia dengan anak anak.

Nor Fauziah –
Semoga confessor cepat sembuh, cepat move on, cepat bangkit dalam kehidupan. Semoga Allah mudahkan urusan confessor anak beranak. Jangan pandang belakang. Terus maju ke hadapan.

Tunjukkan confessor boleh bangun dan terus maju ke depan. Azam pada diri nak jadi sihat, nak jadi cantik, nak jadi lebih baik. In sha Allah boleh!

Eita Arif –
Kalau aku lah, cepat cepat aku lari bawak diri sendiri. Bahagiakan diri aku biar aku cantik dari dalam bawak ke luar. Sebab nye orang dah buang aku, aku malu.

Untuk ape aku meratap. Orang buat aku macam sampah. Kenapa aku nak sayang lagi? Allah xpenah putus sayang kita untuk hadiahkan syurgaNya. Kenapa bila kita sedey angkara manusia yang hati nya mudah berbolak balik ni pulak nak buang Allah?.

Sayangi lah diri sendiri. Quran pun sebut kita kena sayang diri kita, kenal diri kita. Semoga Azalea bingkas bangun dan menuju ke depan dengan tabah nya. Manusia yang bernama lelaki bukan seorang. Malah perbuatan dia tidak menghalalkan dia ke syurga pun dengan kianat pada isteri sendiri ..

Norhuda Kamal –
Sakit hati bila membaca luahan confessor. Lepaskan lelaki penziina itu daripada hati awak. Buang jauh jauh perasaan sayang yang masih bersisa.

Allah sayangkan awak. Kerana itu Allah pisahkn awak daripada manusia yang trlibat dengan perbuatan terkutuk seperti itu.

Dekatkan diri pada Allah. Sentiasa ingat dalam hati dan minda awak, Allah sayang awak. Anggap sahaja, dugaan ini sebagai penghapus d0sa dosa silam awak.

Yakin kepada Allah. Kifarah itu pasti. Jangan dikenang lagi lelaki tak berakhlak seperti itu. Cari kebahagiaan untuk diri sendiri. Terus melangkah ke hadapan. Allah uji kerana Allah sayang.

Sumber – Azalea (Bukan nama sebenar) via IIUMC