“Suami aku tak habis-habis nak tolong adik-beradik dia, akhirnya kami sekeluarga yang berhutang”

“Suami aku tak habis-habis nak tolong adik-beradik dia, akhirnya kami sekeluarga yang berhutang”

 

Kalau niat mahu membantu adik beradik sekalipun, ketahuilah ada hadnya, jangan sampai keluarga sendiri pula terabai.

Ini tidak bab adik beradik laju sahaja nak tolong tapi isteri ni terkapai-kapai minta bantuan keluarga lain.

Seorang wanita membuat luahan perasaan selepas suami terlalu sibuk membantu keluarga hingga habis duit belanja bulanan.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku dah kahwin sembilan tahun. Dua anak. Awal kahwin, mak ayah aku dah sediakan kereta supaya senang aku nak kemana-mana tak ada nak harapkan suami.

Ada juga mak ayah aku sediakan rumah tapi masa ni aku fikir biarlah suami aku ni dekat dengan mak dia senang nak uruskan mak dia sebab dia satu-satu anak lelaki.

Nak jadi isteri solehah lah kononnya masa tu, tapi sekarang benda ni la yang makan diri aku. Kami semua duduk satu negeri ja.

Awal kahwin duduk dengan mak mentua. Ayah mentua dah meninggal. Tenang ja aku duduk dengan mak mentua sebelum ni.

Takd ada isu sangat. Setakat tak selesa tu aku tutup sebelah mata je. Lahir je anak aku yang kedua jadi huru-hara ya.

Adik ipar aku ni terpaksa duduk sekali dengan kami, laki dia tak duduk sekali pun, laki dia pergi duduk dengan mak dia, rumah mereka pun kena lelong dah.

Disini lah bermula kehidupan aku yang semua benda pasal keluarga mentua aku buat aku jadi terasa. Kau bayangkan privasi kau empat beranak kena ragut macam tu je.

Guna barang sesuka hati

Mereka ni anak beranak memang kurang bab common sense. Bilik aku selamba ja masuk tanpa bagitau atau tanya.

Barang aku, skincare aku pun selamba je guna sampai ada yang rosak. Aku pernah suarakan pasal ni kat suami tapi suami diam je.

Dahlah semua kerja rumah aku yang buat. Bagitau suami ingat bolehlah ringan sikit beban aku. Tak adanya. Macam bibik dah aku.

Kereta aku pun sesuka hati je adik ipar aku guna tanpa tanya aku ya, yang dia tanya kat suami aku. Kereta aku tapi kekonon minta izin kat suami aku. Suka hati guna ke sana ke sini. Seronok betul ya.

Padahal dia ada kereta sendiri ya. Kereta dia kerap rosak dan aircon rosak. Jadi memang seronok la guna kereta orang.

Dipendekkan cerita, aku laki bini pun keluarlah dari rumah tu. Dah memang tak tahan sangat dah. Kami duduk rumah yang mak sediakan untuk aku. Rasa tenang tu, setenangnya lahai tanpa gangguan.

Ingatkan kehidupan tenang ni lama la buat kami suami isteri rupanya tidak ya. Adik ipar ada konflik laki bini dan adik ipar aku keluar bekerja sara anak-anak dia.

Dan mak mentua aku ni kesianlah tengok anak perempuan dia ni bersusah payah kerja dengan kereta yang kerap rosak dan aircon rosak.

Jadinya mak mentua aku ni pun mintalah tolong kat satu-satunya anak lelaki dia ni (suami aku) untuk pinjamkan kereta kat adik ipar.

Kami laki bini ada dua kereta. Suami memang pergi kerja bawak kereta. Jadinya kereta akulah yang suami beri pinjam. Bukan aku tak cakap ya.

Berbuih cakap tapi suami kononnya nak tolong adik beradik juga sebab katanya nanti ada rezeki lain untuk kami sekeluarga.

Bermula dari ini lah aku dah terasa betul dengan keluarga mentua aku ni. Sibuk nak bagi keselesaan kat anak perempuan kau, tapi menantu perempuan kau terseksa.

Dahlah anak lelaki kau tolong anak perempuan kau tu pakai harta benda isteri. Kalau guna harta benda yang dari anak lelaki kau tu, aku boleh diamkan jela.

Ini lagi kemuncak cerita ya. Dah guna berbulan, tetiba yela benda nak jadi adik ipar aku kemalangan jalan raya. Kereta aku rosak teruk.

Duit tak ada nak ganti, jadi mak ayah aku lah yang tolong repair segala yang rosak tu. Suami aku? Tak boleh nak kata apa. Masa ni aku basuh betul kepala otak laki aku.

Bulan demi bulan, elok je adik ipar aku ni pakai kereta dia pergi kerja. Elok je sampai pergi balik tempat kerja ke rumah dengan selamat.

Nak selesa, kau usaha la dengan cara kau sendiri. Aku ni sebab rezeki aku mak ayah aku memang nak bagi keselesaan kat aku.

Lepas kejadian tu, macam biasa jela kami semua. Tapi memang terasa kat hati tu tak hilang ya. Bulan demi bulan ingatkan kami ni tak kena kacau dah.

Mak mentua minta bayarkan hutang adik ipar

Rupanya tak habis situ mak mentua aku ni minta lagi tolong kat suami aku duit untuk tolong adik ipar aku ni settlekan hutang.

Memula ni aku malas lah nak amik kesah. Suka hati kau la keluarga kau. Makin lama jadi makin kerap dan sampai nafkah kami anak beranak makin sikit sebab nak tolong adik ipar. Aku pun apa lagi melenting lah.

Kau nak senangkan adik kau tapi anak bini kau kena ikat perut. Tak sudah kata tolong adik beradik nanti ada rezeki. Kau dah silap konsep.

Aku tak kisah kau nak tolong adik beradik kau, tapi jangan sampai anak bini yang memang dah tanggungjawab kau ni terseksa terabai sampai bil api air rumah sendiri pun tertunggak berbulan yang tolong settlekan mak ayah aku. Kau rasa?

Tak habis kat sini ya, mak mentua aku kemalangan naik motor patah kaki. Dah patah kaki ni, adik ipar aku ni minta suami aku jaga mak.

Mereka sebab katanya kat rumah tak siapa tengokkan mak dan aku ni suri rumah boleh tengokkan mak.

Mak kau dah sakit, kau nak tolak kat aku untuk jaga. Kami jaga (tapi sebenarnya aku yang banyak uruskan) beberapa bulan kemudian aku dengan tenang aku cakap je kat suami aku,

Kau kalau betul nak jaga mak kau jagalah kat tempat dan rumah yang kau sebagai anak lelaki sediakan (atau bayar) bukan kat tempat kau menumpang harta orang lain.

Esok jadi cerita lain nanti aku sebagai isteri yang nampak buruk.

Kalau nak balik ke rumah mak untuk jaga mak, jangan bawa aku. Aku tak nak balik rumah tu lagi. Atau kau sendiri boleh sewa rumah lain, kita sama jaga mak.

Kesudahannya mak mentua aku duduk sementara dengan kakak ipar aku.

Kakak ipar aku anak anak dia semua dah besar so boleh tengokkan nenek dorang dan rumah mak mentua yang adik ipar aku duduk tu dekat je dengan rumah kakak ipar aku tu.

Jadi bolehlah uruskan apa yang patut kalau kakak ipar aku tak sempat. Tak isu pun kat sini mak mentua aku terabai. Dia ada anak lain yang boleh memudahkan urusan dia.

Aku dah banyak makan hati dengan keluarga mentua. Seolah aku ni orang terakhir yang dorang fikir.

Susah adik ipar tu je yang mak mentua aku nampak. Susah kami laki bini mak mertua aku tak nampak sampai kami laki bini bergaduh. Nak tolong tak salah, tapi utamakan apa yang patut.

Mak mentua aku tu baik bukanlah macam mak mertua orang lain yang kejam tu. Tapi sebab sibuk sangat nak senangkan anak perempuan dia sampai menantu perempuan dia ni terabai.

Tak nak fikir pasal aku tak apa tapi jangan susahkan aku untuk beri keselesaan anak perempuan kau.

Lepas macam macam kejadian ni, aku dah jadi tak berapa suka nak jumpa keluarga mentua.

Nak amik berat pasal mentua pun dah tak lagi. Aku dah tak pernah tanya apa apa pun pasal keluarga mentua kat suami aku.