“Suami akak nampak aku dia jerit mcm orang gila tuduh aku dgn akak buat maksiat, dia boleh cakap, depan adik beradik tp blkg entah bermesra, tak sempat apa akak aku sendiri tampar muka suami”

“Suami akak nampak aku dia jerit mcm orang gila tuduh aku dgn akak buat maksiat, dia boleh cakap, depan adik beradik tp blkg entah bermesra, tak sempat apa akak aku sendiri tampar muka suami”

 

Assalamualaikum semua. Iya cerita yang aku nak ceritakan ni macam tajuk yang kalian baca.

Aku membesar 3 orang, akak, ibu dan aku. Kami bertiga sahaja dan tak ada saudara mara, ayah pula meninggal waktu umur kami kecik lagi. Umur akak aku 15 tahun aku 10 tahun ibu pula meninggal dunia.

Kau bayangkan aku yang baru darjah 4 akak aku pula tingkatan 3 hidup tanpa mak ayah. Akak aku terpaksa berhenti sekolah. Dia kerja kedai makan. Akak aku cakap jangan berhenti teruskan sekolah

Azan subuh akak aku bangun. Siapkan barang sekolah aku lepas solat subuh dia teman aku hantar dekat sekolah baru dia pergi kerja.

Aku bersekolah macam biasa akak aku yang banting tulang cari duit nak bayar sewa rumah, duit makan minum, duit bil air api, duit belanja. Aku sambung belajar semua akak aku tetap kerja.

Waktu aku final year sebelum grad akak aku pun berjodoh dengan seorang lelaki ni dan akhirnya mereka menikah. Aku dengan akak aku ni orang johor lahir di johor. Suami akak aku orang kelantan tapi menetap di selangor jadi akhirnya pindah ke sana.

Habis belajar dan graduate aku pun kerja. Kerja dekat Johor, sebulan sekali aku akan datang selangor ialah lawat kakak aku sendiri tengok akak aku okay ke tidak.

Selalu kalau datang aku belikan lah barang sikit takkan nak datang kosong. Duit gaji first aku pun separuh aku kasi akak aku. Alhamdulillah dapat kerja dan gaji elok.

Jadi setiap bulan aku datang, kalau tak pun aku call akak aku seminggu tu 2 kali tanya akak sihat ke dekat sana macam mana.  Sebab akak aku dia dah jadi suri rumah sepenuh masa.

Sebelum ni kena kerja dari kecik. Akak aku adalah mengadu cakap tak biasa duduk rumah je tak kerja. Tapi aku cakap elok lah tu rehat sebab dari umur belasan tahun dah kerja kan.

Lepas 2 tahun akak aku sah berkahwin. Hujung tahun tu aku dengan 2 orang colleague lain kena pergi office branch dekat KL. 2 minggu juga ye kena stay sana. Jadi bila dah dekat aku free lawat lah akak aku.

Bila datang tu suami akak aku tak ada dekat rumah, kerja. Jadi aku suruh lah call suami dia cakap aku nak bawak akak keluar dengan aku. Aku cakap lah nak bawa jenjalan dah alang-alang aku ada dekat sini.

Suami dia tak kasi dia cakap duduk je kat rumah jangan mengada-ngada aku pun oh okaylah dah suami akak aku tak kasi. Jadi aku pun datang lah dalam 2 minggu kat situ 4 kali kot sambil tanya akak aku ada nak beli apa-apa tak biar aku belikan.

Akak aku cakap tak ada, tapi aku belikan lah akak aku fon baru. Sebab fon akak aku tu skrin dia dah retak samsung mini yang tahun 2011 tu. Jadi aku pun belikan akak aku iphone 8 plus.

Bila dah beli tu mesti lah aku explain kan satu persatu. Dari A-Z tengah explain tu balik lah suami akak aku. Bila balik tu dia nak marah tanya aku buat apa dekat sini. Aku jawab lah lawat akak aku buat apa lagi.

Sekali bila tengok telefon akak aku dia marah pula belikan sambil cakap “aku mampulah beli iphone” aku pun malas nak gaduh aku pun balik.

Esoknya aku dah nak kena balik Johor. Akak aku pun telefon cakap suruh datang rumah. Bila datang tu dia suruh aku ambik balik telefon dan cakap mahal sangat.

Aku tanyalah suami dia suruh pulangkan ke tapi dia jawab tak cuma cakap takut guna sebab mahal. Aku paksa juga akak aku ambik tapi akak aku seboleh-boleh tak nak.

Aku pun nak tak nak ambik bawa balik. Lepas seminggu tu aku telefon akak aku. Tapi tak masuk jadi ingat bateri telefon mati ke apa. Esoknya aku try lagi dalam tengahari eh tak boleh juga jadi macam tak sedap hati.

Balik kerja dalam pukul 6 aku telefon juga sama juga mati. Aku pun telefon nombor suami akak aku. Masuk tapi di mati kan, aku telefon lagi tapi sama. Jadi aku hantar wasap “telefon akak mati ke asal telefon tak masuk” bila check lah rupanya dia block aku.

Bila call balik dengar tune phone tu dah tahu yang dia bukan block nombor wasap sahaja tapi block sekali nombor panggilan sim biasa.

Aku pun telefon dia pakai nombor aku lagi satu eh masuk dan di angkat. Aku pun tanya asal telefon akak mati. Jadi dia membebel dalam fon “jangan kacau bini aku kau nak menggatal dengan bini aku buat apa”

Aku macam terus kaku menggatal kepala otak dia itu akak aku. Aku membesar dengan akak aku. Aku balas “bodoh itu akak aku” jadi aku pun drive juga malam tu pergi rumah akak aku dekat selangor.

Sekali bila datang tu nampak kesan lebam dekat bahagian kiri akak aku. Bila tengok tu memang jelas kesan kena pukul tapi akak aku seboleh cakap terlanggar pintu.

Aku tanya mana telefon akak dia cakap rosak. Aku pun nak tengok rosak macam mana bila aku on okay je. Sekali rupanya sim card tu abg ipar aku dah ambik.

Aku waktu tu marah dia dah memuncak. Waktu mengurat dulu kemain nak jaga sebaik mungkin. Sekali bila suami akak aku balik ni dia nampak aku dia jerit macam orang gila ye tuduh aku dengan akak aku buat maksiat.

Aku pun pergi pejabat polis. Report domestic abuse, suami akak aku ni tak habis-habis tuduh aku buat maksiat dengan akak aku. Siap cakap aku asyik sibuk nak datang rumah dia tengok akak aku.

Polis tu siap geleng kepala, “itu akak dia lantaklah dia nak melawat”.

Depan polis ye dia cakap, “encik bukan tak tahu sekarang depan adik beradik tapi belakang entah bermesra ke apa itu dah lah isteri saya” belum sempat aku buat apa akak aku sendiri dah tampar muka suami.

Akak aku mengucap panjang sambil cakap, “ini adik aku, aku jaga dia dari kecik besarkan dia” besoknya juga akak aku ajak tolong dia uruskan bahagian perceraian.

Waktu tu merayu macam-macam cakap dia terlepas cakap katanya, “kena rasuk syaitan” aku ingat lagi ada sekali dia nak ajak akak aku cakap nak bincang berdua selesaikan masalah. Akak aku pun cakap okay tapi beberapa hari sebelum tu.

Aku pernah cerita situasi tu dekat girlfriend aku yang sekarang ni dah sah menjadi isteri. Aku share lah dekat dia video call semua.

Sekali tu dia suruh aku ingatkan dekat akak aku, dia cakap kalau akak aku pergi jumpa bekas suami dia tu kalau dia kasi minum ke makan jangan ambil buat tak tahu.

Katanya makcik dia pernah alami situasi sama macam akak aku jumpa bekas suami dia sekali rupanya dalam makanan minum tu dia ada letak ‘sihir’.

Aku pun cakap dekat akak aku. Hari yang dia jumpa ni bila balik tu akak aku cerita yang bekas suami dia ni bawa makanan dengan air dia seboleh-boleh suruh akak aku makan dan minum depan dia.

Akak aku cakap tak nak tapi dia pujuk suruh juga. Akak aku pun cakap dia nak bawa balik makan dekat rumah tiba2 dia melenting makan je lah sekarang. Balik tu dia buang makanan tu gila suspicious.

Akak aku sekarang dia kerja balik sebab dia cakap kekok duduk rumah.

Tapi rasa kesian lah, akak aku cakap dia naif waktu bekas suami dia ajak kahwin sebab dia kan dari umur belasan tahun kerja jadi tak pernah bercinta. Jadi sekali rasa taste of love tu senang jatuh cinta, sekali rupanya dapat suami macam tu.

Aku pun silap juga sebenarnya. Aku ingat oh dia beria dulu nak kakak aku, jadi akan betul & baik2 sahaja lah, sekali tidak.

Hope penulisan ni dapat dijadikan pengajaran. Thanks sudi baca..

– Rahim (Bukan nama sebenar) via IIUMC