Suami abai keluarga lepas kahwin baru, isteri dihalau dari rumah sewa bawa 2 anak tidur di masjid

Suami abai keluarga lepas kahwin baru, isteri dihalau dari rumah sewa bawa 2 anak tidur di masjid

 

Saban hari, kisah segelintir suami menganiaya kebahagiaan isteri dan anak-anak sendiri semakin banyak tersebar di media sosial.

Tatkala sudah menemui orang baru, ‘orang lama’ akan dibuang seperti sampah yang tidak berguna lagi.

Segala pengorbanan dan kenangan pahit manis yang tercipta bersama pasangan selama bertahun-tahun boleh terpadam begitu sahaja, persis kejadian sedih dikongsikan seorang ustaz bernama Abu Hamizan ini.

Dalam hantaran yang sudah meraih hampir 4,000 perkongsian semula di FB, Ustaz Abu Hamizan menceritakan bagaimana dirinya dipertemukan dengan seorang ibu bersama 2 anak sedang berada di rumah Allah pada larut malam.

Kemudian, wanita berkenaan meminta izin kepada Ustaz Abu untuk tumpang tidur di situ selama satu malam sahaja.

Alangkah hiba rasa hati, rupanya 3 beranak itu telah dihalau dari rumah sewa dan kini berada dalam keadaan terkontang-kanting.

Suaminya selaku ketua keluarga tidak lagi peduli tentang mereka selepas bertindak kahwin baru dengan perempuan lain.

Bukan sahaja kehilangan tempat berteduh, malahan si ibu terpaksa meminta sedikit bantuan kewangan apa adanya kepada Ustaz Abu untuk urusan perjalanan keesokan harinya.

Hasil perkongsian Ustaz Abu, ramai pihak yang berbaik hati mahu memberikan bantuan lain kepada wanita tersebut.

Malangnya akibat telefon bimbit yang rosak, keberadaan sebenarnya buat masa sekarang tidak dapat diketahui oleh Ustaz Abu.

Berikut merupakan kisah terperinci yang dikongsikan oleh Ustaz Abu di Facebooknya sejak malam tadi :