Suami abai isteri sarat hamil, sibuk ‘skandal’ janda anak tiga

Suami abai isteri sarat hamil, sibuk ‘skandal’ janda anak tiga

 

Tak dinafikan, setiap individu mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan ikatan suami isteri yang utuh.

Namun tidak semua pasangan mampu mengecapi kebahagiaan tersebut malah ada sesetengah rumah tangga diuji dengan pelbagai ujian termasuklah kehadiran orang ketiga.

Itulah yang dilalui wanita ini apabila suaminya telah mengabaikan kasih sayang kepada keluarga dan tergamak menjalinkan hubungan dengan seorang janda.

Suami bercinta dengan janda?

Kisah ini dikongsikan oleh pengacara dan penyampai radio, Ahmad Fedtri Yahya menerusi ciapannya di laman Twitter.

Difahamkan, tangkap layar yang dimuat naik itu merupakan pendedahan daripada seorang pengirim yang bersimpati dengan nasib kakak iparnya lebih-lebih lagi wanita itu sedang sarat hamil.

Kakak ipar saya tengah mengandung tujuh bulan dan abang saya (suami) pula tengah bercinta dengan seorang janda anak tiga. Nampak hangat sangat siap-siap bertukar hadiah, cuma saya sahaja yang tahu tentang ini.

Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini mendakwa telah memendam rahsia mengenai hubungan abangnya itu sejak tiga bulan dan akui tidak sanggup memberitahu kakak iparnya dan juga ada beradik yang lain kerana bimbang akan berlakunya salah faham.

Nak cerita pada kakak ipar, saya serba salah sebab dia tengah mengandung dan jaga anak kecil berusia dua tahun. Hari-hari saya stalk Twitter mereka berdua (abang dan janda), hari-hari saya rasa semakin geram dan kasihan kepada kakak ipar.

Bila kita cakap secara kiasan buat apa kahwin dengan janda, dia akan pakai tiket ‘membela nasib anak yatim’. Bila ditanya kenapa nak kahwin dua, dia rasa dia mampu. Mampu apanya? He is not even a family person, asyik keluar malam.

Individu itu turut meminta pandangan dan bantuan daripada Fedtri Yahya mengenai tindakan yang patut dilakukannya berhubung isu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen mencadangkan supaya individu ini berbincang dengan ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian.