Strategi ‘marketing’ MYDIN promosi pen guna situasi angkat sumpah Anwar buat netizen kagum

Strategi ‘marketing’ MYDIN promosi pen guna situasi angkat sumpah Anwar buat netizen kagum

 

Dua hari yang lalu, detik bersejarah negara kita telah berlaku apabila Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10.

Namun, siapa sangka detik bersejarah itu telah diambil oleh pihak Pasar Raya MYDIN sebagai salah satu strategi marketing mereka dalam mempromosikan sebatang pen.

Strategi bijak

@mydinmalaysia

Dengar cerita ramai cari pen ni. Datang shopping kat MYDIN jelah Isnin ni, dapat percuma pen ni! #MYDINMalaysia #AmeerMydin #Artline #fyp

♬ original sound – Mydin Malaysia – Mydin Malaysia

Pen berjenama Artline menjadi rebutan ramai kerana rata-rata masyarakat tahu bahawa pen tersebut telah menjadi kegunaan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menandatangani watikah perlantikan. Oleh yang demikian, Pengurus Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin menggunakan situasi tersebut dalam mempromosikan pen itu.

Meninjau ruang komen, warganet berasa terhibur dan kagum dengan kebijaksanaan dan strategi marketing tersebut. Ha, kalau kena dengan situasi terkini, siapa saja yang tak terhibur kan?